Khazanah ilmu memancing kita


Kepada teman pemancing semua hantaran cerita2 pendek trip memancing anda, info pengunaan alat2 penangkapan ikan seperti bubu,bintur,rambat dan sebagainya adalah dialu2kan bersama gambar sipenangkapnya kepada editor.Sama2 lah kita akan mendapat menafaatnya jua dengan memperkenalkannya kepada generasi baru. Email: bruneifishing@gmail.com


Album Bruneifishing.

Wednesday 9 January 2008

Congratulations B.Fishing fans for overwhelming support

Salam Muhibah serta SELAMAT TAHUN BARU 2008 kepada pemancing Brunei dimana saja anda semua berada khasnya dan juga peminat setia blog ini. Nampaknya tahun baru ini kita bermula dengan satu kejutan yang sangat manis bagi pemancing, peminat, pembaca hobi ini di Negara Brunei Darussalam.Tidak dapat dipertikaikan lagi betapa hobi ini mendapat sambutan yang mengalakkan dan semakin bertambah dari sehari kesehari tak mustahil kita akan mengelolakan pertandingan besar disuatu masa nanti. Boleh dikatakan setiap hujung minggu, malah setiap hari ianya dipraktikkan ditempat2 strategik untuk menjanjikan hasil yang membanggakan. Brunei Fishing mendapat anugerah Brunei's best lifestyle blog sebenarnya anugerah terbesarnya ini ditujukan kepada peminat, pembaca, pemancing tegar Brunei dimana saja berada kerana awda semua yang merealisasikannya hingga ianya menjadi kenyataan. Tanpa sokongan dan sumbangan awda semua ini tidak akan terjadi. Apa tidaknya ada yang menghulur artikelnya dan gambar dari tanah seberang seperti Dubai dan United Kingdom semata2 berkongsi cerita dengan teman sepemancing tanah ayernya.

Bagi seksyen forum pulak pada asalnya hanya dipelopori oleh member Brunei Fishing sahaja dahulu dan kini kemajuannya dapat kita saksikan dimana ahli forumnya telah mencecah lebih 75 orang dan sentiasa bertambah. Tahniah kepada ahlinya yang aktif menghidupkan ruangan ini. Ruangan ini sebenarnya memberi peluang kepada ahlinya mengenali lebih mendalam akan hal dunia pancing-memancing serta saling bertukar pendapat mengenai cara, teknik terbaru dalam dunia pancing. Kini ianya bukan saja terbatas kepada ahli dari tanah air Brunei malah ianya juga telah mendapat sambutan hangat dari teman pemancing kita dari negara jiran iaitu Malaysia.

Dikesempatan ini sekali lagi kami Brunei fishing Team mengucapkan sebesar-besarnya tanda penghargaan terima kasih kepada kumpulan2 pemancing seperti SWAT, SCO ANGLERZ TEAM, FISH BUSTER CREW, LUMUT ANGLERZ, GT DAIWA, FISHING KANTOI TEAM, Geng Hardcore Pemajalers, X ANGLERZ dan perseorangan -Selunsong, Barra Hunter, Mirez, SWAT 6 (tak habis kalau disebut semua pengirimnya/maaf yang tak tertulis disini) yang selama ini yang tak putus-putus menyokong, mengundi dan memberi sumbangan artikel kepada kami. Tak lupa juga terima kasih kepada Mona Rahman yang mencalon blog ini kedalam Brunei's best lifestyle blog, akhirnya usaha awda dan yang telah mengundi menjadi kenyataan. Tidak lupa kepada 4 calon sama dalam ketegori ini tahniah kerana awda semua juga adalah antara yang terbaik dalam BRUNEI'S BEST LIFESTYLE BLOG.

Editor
Brunei Fishing


B.Fishing: Editor hanya tahu blog ini tersenarai saat2 akhir dari cakap2 ikan korner malah ada ahlinya baru tahu hari ini :)

No comments: