Khazanah ilmu memancing kita


Kepada teman pemancing semua hantaran cerita2 pendek trip memancing anda, info pengunaan alat2 penangkapan ikan seperti bubu,bintur,rambat dan sebagainya adalah dialu2kan bersama gambar sipenangkapnya kepada editor.Sama2 lah kita akan mendapat menafaatnya jua dengan memperkenalkannya kepada generasi baru. Email: bruneifishing@gmail.com


Album Bruneifishing.

Wednesday 17 June 2015

Majalah Umpan mempromosi blog kita


Salam buat semua peminat sukan memancing di Brunei mau pun negara sahabat kita,


Di ucapkan terima kasih diatas sumbangan dari teman2 yang setia dimana sudi berkongsi maklumat,gambar ,cerita pendek mau pun yang masih setia membaca dan singgah di ruangan ini.
 



Memang tidak di nafikan halaman bruneifishing semakin kurang sudah sambutannya, ini adalah seperti saya katakan pada musim lalu banyak saingan dari media masa seperti kelahiran blog memancing persendirian, facebook dan instagram mengisi info sukan memancing kita. Namun semua ini menunjukkan bahawa kelahiran pemancing kita yang sekian hari semakin bertambah,berwawasan dan berkemahiran IT. Brunei fishing amat bangga akan perubahan serta kemajuan ini.


Brunei Fishing juga mengucapkan terima kasih kepada Majalah Umpan yang sudi memperkenalkan lagi  blog ni. Wartawan Majalah Umpan Mohamad Fazrul Abdul Majid menghubungi Brunei Fishing melalui email dimana beliau minta kebenaran dan sudi mempromosikan blog ini di dalam slot "Blog Pilihan" dalam Majalah Umpan. Memang berbesar hati lah kita kerana ia akan lebih dikenali lagi oleh peminat pancing negera Malaysia jiran terdekat kita.

Di harap ramai lah lagi nanti rakan pemancing diluar sana maupun dalam sertA luar negara untuk kembali sudi menyumbang gambar tangkapan serta cerita pendek mereka. Sekian Terima kasih.

Editor
Brunei Fishing