Khazanah ilmu memancing kita


Kepada teman pemancing semua hantaran cerita2 pendek trip memancing anda, info pengunaan alat2 penangkapan ikan seperti bubu,bintur,rambat dan sebagainya adalah dialu2kan bersama gambar sipenangkapnya kepada editor.Sama2 lah kita akan mendapat menafaatnya jua dengan memperkenalkannya kepada generasi baru. Email: bruneifishing@gmail.com


Album Bruneifishing.
Showing posts with label Umpan. Show all posts
Showing posts with label Umpan. Show all posts

Friday, 7 November 2008

Jual Udang Hidup (Pancing)

Nama:DLah
Telephone no: 2391390
Rumah #3,Simpang: 15,Jalan; 64,kg.perpindahan lambak kanan

Brunei Fishing: Semoga Teman senang mendapat umpan hidup....Terima kasih

Thursday, 8 November 2007

Pumpun

Ruangan umpan kali ini mengetengahkan pumpun iaitu umpan hidup berupa seperti cacing tanah tetapi umpan pumpun ini bersaiz besar seperti gambar dibawah ini.

Pumpun adalah alternative bagi umpan hidup seperti udang, ikan kecil dan sotong.

Begini lah rupa sarang pumpun kalau yang tidak mahir mengecamnya akan berfikir ianya hanyalah kayu buruk.

Pumpun adalah makanan kegemaran bagi ikan ketambak dan Ungah.
Antara gambar sarang pumpun yang dikirimkan kepada editor. Menurut rakan editor umpan ini adalah sangat berkesan dan mesti mahir untuk menangkapnya. Diharap rakan pemancing agar dapat mencubanya sendiri akan keberkesanannya.

Gambar kiriman dari ABU D.
B.Fishing:Terima kasih kepada pengirimnya kerana berkongsi maklumat semoga akan diikuti oleh teman2 yang yang lain...

Friday, 22 June 2007

Tips Umpan Udang hidup

Bagi menangkap udang hidup atau segar untuk dijadikan umpan memanglah kadang kadang agak sukar. Kita hendaklah menangkapnya sendiri mengunakan jala atau sauk jaring. Bagi yang ingin segera posting keluaran lalu di sepanjang Sungai Brunei ada beberapa individu yang mengusahakan penangkapan udang hidup untuk dijual. Untuk menyimpan udang hidup ini pulak jadi satu hal. Dibawah ini ada beberapa tips mengenai udang hidup ini:Tip#1- Untuk menyimpan udang agar hidup lama gunakan rumput hidup dan letakkan didalamnya. Kemudian bungkuskan udang berserta rumput rampai dengan mengunakan kertas surat khabar lama. Simpan ditempat yang dingin dan sejuk. Udang anda akan dapat hidup lama hingga beberapa hari.

Tip#2 Bagi yang ingin menangkap udang hidup sendiri, waktu ayer pasang dan bulan penuh adalah masa yang sesuai bagi kerana udang-udang akan berkumpul. Ayer pasang waktu senja adalah saat yang terbaik untuk menjala,terutama dikawasan laluan masuk keanak-anak sungai dan muara sungai.

Tip#3- Bagi memastikan umpan kita bertahan lama didalam ayer,cangkukkan mata kail pada hujung badan udang berdekatan dengan ekornya. Jangan sekali terkena bahagian tengah belakang ini akan membunuhnya. Pasang atau cangkuk dua tiga ekor udang hidup pada mata kail dan sang pemangsa tidak akan menolak umpan hidangan anda.

B.Fishing: Selamat mencoba....

Wednesday, 4 April 2007

Umpan Udang Hidup

Brunei Fishing kali ini meninjau aktiviti menangkap udang hidup iaitu biasanya orang kitani Brunei menamakannya ‘udang siar’ di sepanjang Sungai Brunei. Kunjungan saya kali ini adalah untuk mengetahui lebih dekat lagi mengenai penangkapan serta cara penjualan udang siar hidup ini. Kedatangan saya dengan membawa kamera mengejutkan tiga orang pengusaha yang menangkap umpan udang siar hidup ketika sedang berbual-bual sambil menunggu untuk memulakan aktiviti mereka setelah berehat. Pada mulanya mereka segan ditemu bual setelah diberitahu akan hajat saya untuk memaparkan cerita ini untuk dijadikan bahan rujukan pemancing tanah air akhirnya salah seorang dari mereka pun setuju.


Akitiviti penangkapan udang siar ini sudah menjadi sinonim dengan kawasan ini dan kita boleh saksikan aktiviti ini bermula setiap hari dari jam 7.00 mlm hingga ke tengah malam. Menurut salah seorang dari mereka aktiviti penangkapan ini lebih ramai pada malam Jumaat dan malam minggu kerana permintaan umpan udang siar hidup ini amat laris. Pada hujung minggu selalunya para kaki pancing akan turun kelaut ataupun memancing ditepi laut. Peralatan yang digunakan untuk menangkap udang siar ini adalah mengunakan rambat sahaja. Sebelum merambat tempat yang akan dirambat ditabur umpan untuk menarik minat udang siar berkumpul. Udang siar ini lazimnya dijual mengikut saiz yang diperolehi dan amat diminati adalah udang siar yang bergelar saiz ‘king’ yang harganya mencecah B$1 tiga ekor. Dibawah adalah antara harga yang mengikut saiz yang mereka tetapkan:

B$1=10-12 ekor (kecil)

B$1=5-7 ekor (sederhana)

B$1-3-4 ekor (besar ‘king’)


Kepada pemancing yang belum mengetahui dimana untuk mendapatkan bekalan umpan udang siar hidup berkunjunglah ketempat ini. Jika perlu anda boleh menempah lebih awal untuk mendapat bekalan dari mereka . Jikalau berhajat membeli udang siar hidup ini hendaklah membawa bekas simpanan sendiri berserta peralatan oxygen yang mengunakan batteri untuk umpan hidup ini tahan lama.

Dikesempatan ini saya ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi,menerangkan serba sedikit akan aktiviti penangkapan udang siar hidup pada malam itu.