Khazanah ilmu memancing kita


Kepada teman pemancing semua hantaran cerita2 pendek trip memancing anda, info pengunaan alat2 penangkapan ikan seperti bubu,bintur,rambat dan sebagainya adalah dialu2kan bersama gambar sipenangkapnya kepada editor.Sama2 lah kita akan mendapat menafaatnya jua dengan memperkenalkannya kepada generasi baru. Email: bruneifishing@gmail.com


Album Bruneifishing.

Monday 30 April 2007

Trolling Berkayuh membuahkan hasil


Nama: Khairul
Tangkapan: Ungah 500grms
Teknik: Trolling(Yozuri Redhead)
Jam: 1720
Tarikh: 29.4.2007
Lokasi: Sungai Danau,Telisai

Message:
Cuaca hari minggu begitu mendung ketika itu namun saya gagahi juga merancang hendak turun kasting dengan kawan saya iaitu Khairul di Danau.Kami bertolak dari Jerudong kira2 pukul 4 ptg dan setibanya di Danau kami tanpa melengahkan masa lalu kasting.Tidak ada sentapan kali ini,lalu saya bercadang untuk menggunakan perahu kawan saya yang sudah lama di simpan di sana.Kami terpaksa berkayuh kerana enjinnya tidak ada, dalam masa berkayuh saya pun terfikir hendak mencuba menunda ala manual(berkayuh),kawan saya Khairul pun setuju dengan fikiran saya lalu kami menghulur joran masing2.Tak sia2 ikhtiar kami ini rupanya ada yang sudi menyambar yozuri Redhead milik Khairul iaitu sang Ungah.
Hari semakin gelap kami pun berkayuh balik sambil trolling mana tau ada yang sudi lagi, tapi kali ini tak ada sentapan.Kami akan mencuba lagi kaedah ini di hari lain walaupun terpaksa berkayuh tetapi hasilnya memang terbukti walaupun ketika itu air sungai tidak memberangsangkan selepas hujan.
*Belum cuba belum tahu sudah cuba baru tahu -)

Sunday 29 April 2007

Bulan2(Tarphoon)

Nama: Azlan
Tangkapan: Bulan2 2.1 kg / Alu2 3.5 kg
Teknik: Casting Yozuri
Joran: Daiwa Procaster
Kekili: Shimano Biomaster 3000
Lokasi : Sungai Danau(Bakau Panjang)
Tarikh: 26.3.2006
Jam: 0825 / 0843


Message:
Assalamualaikum...! kepada semua kaki pancing di Brunei yang telah pun melayari laman web ini kepada sesiapa yang belum mengetahuinya kita sebarkan lagi kepada kawan2.
Pada kali ini saya ingin menceritakan hasil tangakapan saya pada tahun lepas.
Jam menunjukkan pukul 8 pagi kami turun menggunakan perahu kawan saya melalui penurunan di Kuala Tutong.Dalam perjalanan menuju keujung Sungai Danau kami dikejutkan dgn lompatan ikan yang banyak lalu kami bergegas mengambil joran lalu mencuba untuk kasting ,rupanya bulan2 sudi menyambar gewang saya lalu berkali2 melompat akhirnya tersungkur juga di tangan saya.Lepas itu keadaan jadi reda apa tidaknya ikan bulan2 sudah lari di sebabkan sang alu2 tiba mengintai bulan2 tanpa membuang masa saya terus kasting dan terus disambar alu2, Sang alu2 membuat lompatan hinggalah tidak bermaya lagi barulah dapat di tewaskan.
Pada ketika itu ada cerita yang mencuitkan hati kami kerana kawan saya terlupa membawa penyiut jadinya kami menggunakan sadak bubuk yang ada di perahunya untuk meyiut ikan.Hehehehehe sampai jumpa lagi pada cerita akan datang wasalam.....

Thursday 26 April 2007

Bemasa kecundang (G.Travelly)


Nama: Kelvin
Tangkapan: Ikan Bemasa (G.Trevally)
Berat: 5 Kg
Teknik: Menunda (trolling)
Umpan:Rapalla
Lokasi: Perairan Brunei

Message:
Perairan Brunei memang banyak terdapat Giant trevally yang beratnya mencecah lebih 20± kg..more to come

Ikan Ketutu (Kerapu Sungai)

Khamis 25/04/07, Dua member dari Brunei fishing turun ke kampung Danau meninjau keadaan sungai disana pada hari ini iaitu Si*pengapon* & SY. Penat pulang berkerja malam bukalah satu halangan untuk mencuba di kuala Sungai Tutong (sebelah kg.Danau) serta Sungai Telisai yang terkenal dengan ikan Ungah (siakap merah).Dengan mengunakan pacuan empat roda kami menunju terus ke hujung muara sungai dan nampaknya ayer sudah pasang penuh. Kedengaran bunyi engine pekerja ditengah kuala sungai keluar masuk dan dalam pemikiran Si*pengapon* munkin mereka sedang menperdalamkan lagi kawasan tersebut. Sy tak sabar sudah untuk mencuba dari tepi2 batu kawasan itu. Setelah mencoba selama 1 jam mengilat (casting) nampaknya ikan tak minat langsung dengan rapala kami dan kami pun beredar pulang.
Diperjalanan pulang kami singgah di tepi Sungai yang berdekatan dengan surau Kg. Danau. Apabila diperhatikan pohon2 bakau yang ada berdekatan sungai memang itu tempat persembunyian yang paling ideal bagi ikan jenis pemangsa untuk mencari makan. Ketika SY meninjau ditepi sungai kelihatan anak ikan berlompatan diburu pemangsa. Apalagi...mengilat lagilah namanya. Tak sampai 5 min gewang strike Pro SY telah diragut pemangsa. Ianya Ikan Ketutu kecil (Kerapu sungai) dan selepas diambil gambar ianya kami lepaskan balik. Itulah ikan yang kami dapat dalam lawatan kami pagi ini ke kampung Danau. Kami akan mencuba lagi bila ada kelapangan....

Si*Pengapon*: Tunggu cerita dari member Brunei Fishing yang lain pulak...

Wednesday 25 April 2007

Toman

Nama: Nordi(Em)
Tangkapan: Toman 4.8 kg
Jam : 1718
Tarikh: 18.12.2006
Lokasi: Kg Junjongan

B.Fishing: Tak sangka ikan toman dah membesar dinegara kita...

Sabah International Fishing Tournament 2007

Berita baik lagi kepada kaki pancing kita kerana negara dibawah bayu Sabah iaitu jiran terdekat kita akan mengadakan pertandingan memancing bulan Mei depan ini. Persatuan Memancing Sabah menawarkan habuan RM21,550 kepada peserta Pertandingan Memancing Antarabangsa Sabah Ke-11 ini yang bermula mulai 10 hingga 11 Mei. Menurut Presidennya, Datuk Wilfred Lingham, hadiah tertinggi yang ditawarkan kepada juara Kategori Berkumpulan iaitu RM10,000, diikuti RM3,000 (kedua) dan RM2,000 (ketiga).Katanya, individu dengan tangkapan terberat ditawarkan habuan antara RM250 hingga RM1,000.
Untuk keterangan lanjut sila: masuk
Disclaimer:Brunei Fishing shall not be held responsible for the accuracy of the above information. Interested party shall contact the respective event organizer directly for any clarifications.

Tuesday 24 April 2007

Fishing gadget review website













Jika anda ingin mengetahui lebih banyak maklumat mengenai peralatan pancing atau pun review mengenai peralatan pancing sebelum memilikinya. Anda boleh melayari laman web Tackle Tour.

Monday 23 April 2007

Fishing Event

Kepada Semua Kaki pancing, boleh cuba skill masing masing..

Competition: ROLEX IGFA INTERNATIONAL GAME FISHING TOURNAMENT 2007
Start Date: 01 May 2007 --> End Date: 06 May 2007
Location Labuan - Pulau Layang-Layang

Event Description
ROLEX IGFA INTERNATIONAL GAME FISHING TOURNAMENT 2007
Date : 01 - 06 May 2007
Venue : Labuan - Pulau Layang-Layang
Organiser : Labuan Corporation, Labuan Tourism Action Council & Labuan Anglers Association
Main Sponsor: TCE Sports

Disclaimer:Brunei Fishing shall not be held responsible for the accuracy of the above information. Interested party shall contact the respective event organizer directly for any clarifications.

Casting Principles

The importance of accurate casting cannot be overstated. A few hours of backyard practice can make your time on the water much more enjoyable. Always remember that in every casting technique in bass fishing, you always use your wrist, not your arm.

Types of Casts

Overhand:
Imagine that you are standing in front of a clock, and your target is toward the 3 o'clock position. Face the target squarely. Keep your elbow next to your ribs as you raise the rod straight up. Move it sharply back to the 10 o'clock position, then use your wrist to whip it forward, releasing the lure at about 11 o'clock. Follow through, using rod movement to control the cast.

Sidearm:
Imagine that you are standing on a clock face. And your target is toward the 3 o'clock position, Face the target squarely, Hold the rod parallel to the water. If you're right-handed, move the rod at waist level sharply to the 7 o'clock position, then use your wrist to whip it forward, releasing the lure at about 6 o'clock. Follow through, using rod movement to control the cast.

Underhand:
Hold the rod at waist level, parallel to the water and at a 45-degree angle from the target. Lower the lure 6 to 8 inches from the rod tip. In one quick, smooth motion, "draw" a half-circle with the rod tip, releasing the lure as the rod reaches the bottom to the circle. Use only your wrist and keep the tip of your rod pointed down. Follow through, raising the rod tip to give extra distance and lure control.

Tips
Position yourself only as far away as water clarity dictates; stay close enough for consistent accuracy.
Try to make the lure land on the water with as little noise as possible. Cast past the target when possible.
In windy weather, put tension on the line just before the lure touches down. This will straighten out the line and prevent it from blowing across obstructions.
Learn casting techniques that permit a low trajectory, such as sidearm casting and underhand casting.
Use a quality rod and reel matched to the weight of the lure. Rods with a stiff but relatively fast (limber) tip are easier to cast than extremely stiff or uniformly limber rods.
Cast with the wrist, not the arm and shoulder.
Lower the lure a few inches below the rod tip before casting; this gives extra momentum for the cast.
Be sure to "load" the rod tip, causing it to bend backward, on the back-cast, then whip the rod forward smoothly.
Fill the spool of any type reel to within 1/8 inch of the lip of the spool. DO NOT OVERFILL!
If you do get a birds nest on a baitcaster, try taking the spool out and pulling the line off the spool from the side. This sometimes works when all else fails ...

Ungah Mengamuk Lagi

Nama:Azlan
Tangkapan:Ungah 1.3 kg
Tarikh: 22.4.2007
Jam: 1700
Teknik: Casting(Rapala Black Readhead)
Joran: Rapala(Medium Action)
Kekili: Shimano Biomaster 3000
Lokasi: Kg Danau Telisai,Tutong.

Message:
Hujan mahu turun ketika hari minggu jam menandakan pukul 4.30 petang, saya bergegas hendak ke destinasi favorite saya iaitu Kg Danau maklumlah dah seminggu tidak casting.Ketika itu saya berada di kampung saya iaitu Kg Bukit Sibut Tutong dan bertolak dari sana dan jauhnya kira2 8 km hendak ke Kg Danau.Kira2 jam 4.45 ptg saya pun sampai lalu tidak sabar2 lagi nak beraksi.Humbanan pertama belum lagi ada sentapan hinggalah humbanan ke 3 rapala saya kena sentap tapi malangnya belum ada rezeki(terlepas).Saya mencuba lagi dan menggulung tangsi dengan perlahan2 sehingga ada sentapan kuat dan terus saya buat strike, ikan dah mengena kali ini tapi amukan ikan ini sungguh kuat bagaikan tidak mahu mengalah.Mula2 saya fikirkan alu2 sesudah ikan mula kelihatan saya terkejut rupa2nya sang ungah, sebelum ini saya juga pernah menaikkan ungah sebesar ini tapi tidak berapa kuat tarikannya sebab itu saya katakan ungah ini mengamuk.Stelah berhempas pulas kira2 1 minit barulah ungah ini letih dan terus saja saya bawa naik tanpa menggunakan penyiut.Saya mencuba lagi casting rupa2nya ada lagi yang sudi menyambar rapala saya tapi kali ini sungguh malang kerana sang ikan sempat bawa sangkut(Kena cukai oleh ikan kali) dan putus.Kira pukul 6.30 petang saya pun pulang dengan hati yang puas walaupun rapala saya kena cukai hehehe..... jumpa lagi pada cerita tangkapan akan datang Insyaallah...!

B.Fishing: Ungah mengamuk ditewaskan oleh Azlan...Tahniah

Sunday 22 April 2007

Ikan Menukuk (Amberjack)

Nama: Paul
Hasil tangkapan: Ikan Menukuk (Amberjack)
Berat: 3.6kg
Lokasi:Brunei drop-off (Trences)
Teknik: pancingan dasar
Umpan: ikan hidup

Friday 20 April 2007

Udang Galah dari Sungai Tutong


Nama - Jemidi
Hasil Tangkapan: Udang Galah
Lokasi - Sungai Tutong
Rod - Daiwa
Reel - Shimano

Rezeki di kawasan sangkar 3

Nama - Saiful
Hasil tangkapan: Ungah
Lokasi - Kawasan Sangkar ikan Muara
Rod - Shimano
Reel - Daiwa

Rezeki di kawasan sangkar ikan 2

Nama - Rudy
Hasil tangkapan: Selunsung
Lokasi - Kawasan sangkar ikan Muara
Teknik - Casting (Rapala)
Rod - Shimano
Reel - Shimano

Rezeki Di kawasan Sangkar Ikan

Nama - Hj.Naz
Hasil tangkapan: Sembilang (Cat fish)
Lokasi - Kawasan Sangkar Ikan Muara
Rod - Shimano
Reel - Shimano

Tingkur-tingkur/Kesili (Gray Moray eel)

Nama - C-Wan
Hasil tangkapan: Tingkur-tingkur / Kesili (Gray Moray eel)
Lokasi - Bersama Apollo 1
Rod - Daiwa
Spool - Daiwa

Arbor Knot


Memancing menyumbang pertumbuhan ekopelancongan marin


HOBI memancing memang menyeronokkan, malah ianya membuatkan kita leka terutama ketika bertarung dengan ikan. Memancing juga satu aktiviti sukan yang mencabar dan dapat dipromosikan sebagai satu produk yang boleh menyumbang ke arah pertumbuhan ekopelancongan marin di negara ini.
Seperti yang pernah disuarakan oleh Timbalan Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdilah bin Haji Abdul Wahab baru-baru ini, aktiviti memancing ini walaupun dilaksanakan sekali-sekala sahaja, namun di negara-negara lain ianya dilakukan, secara komersial iaitu sebagai langkah kepada penarikan pelancong, di samping menjadikannya sebagai satu sumber pendapatan kepada mereka yang mengusahakannya. Dalam pada itu, ianya juga dapat memberikan peluang-peluang kepada penggemar rekreasi memancing ikan kerana perairan dan lautan di negara kita memiliki pelbagai jenis ikan.

Dipetik dari Pelita Brunei (aneka rencana): Berita penuh: Tekan sini

Ucapan di Majlis Pelancaran Rasmi Cabaran Pancing 2006 anjuran bersama Jabatan Perikanan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dengan Koperasi Jabatan Perikanan (BAKARANG) dengan Tanggungan Berhad bertempat di Pantai Seri Kenangan

Rencana oleh : Dk. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor
fatimah.noor@information.gov.bn

Thursday 19 April 2007

Menangkap ikan dengan hanya menggunakan spotlight



Macamana kawan-kawan?? Boleh cuba disini kah?

Wednesday 18 April 2007

Udang menyerang dipesisir pantai Jerudong

Hari ini 18/04/2007 (5.00pm)B.Fishing sempat merakamkan aktiviti menangkap udang berdekatan dengan kuala keluar masuk penurunan perahu di Pantai Jerudong. Para nelayan kelihatan sibuk menarik pukat ketika kami tiba. Nampaknya musim udang lagi lah kita seminggu ni..apalagi datang lah ke pasar Jerudong jika nak udang segar.(fresh prawn)

B.Fishing: Sempat juga beli udang segar untuk makan malam...

Tuesday 17 April 2007

Petikan Dari Media Permata (16hb April 2007 - Oleh H Bat)

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Orang ramai terutama kaki pancing kini berpeluang memancing udang galah, ketam dan pelbagai jenis ikan seperti ikan selunsong dan toman di jambatan sungai Kampung Parit berdekatan Taman Mini Perayaan...

Untuk Artikel Penuh Click Sini

Monday 16 April 2007

Cabaran Tengiri


Nama: Kelvin
Tangkapan: Tengiri (Mackerel)
Berat: +/- 11 Kg
Teknik: Menunda (trolling)
Umpan:Rapalla
Lokasi: Perairan Brunei

Message:
Perlawanan yang hebat ia sungguh pantas coba melepaskan dan melarikan diri. Selama lebih kurang 30 min akhirnya ia tewas...

Siakap Merdeka (Ungah)


Nama: Khairul
Tangkapan: Ungah 800gram
Teknik: Casting (Yozuri Redhead)
Tarikh: 23.2.2007
Jam:1815
Lokasi: Kg Danau Telisai,Tutong

message:
Tangkapan kedua2 ungah ini saya perolehi sama waktu ketika kawan saya(Azlan) menaikkan selunsong merdeka.

Sunday 15 April 2007

Tali berwarna




Warna-warni tali sulam dan tangsi sebenarnya adalah untuk memancing kita. Ada juga tali warna ini dibuat mengikut panjang tertentu berselang seli supaya memudahkan pemancing menentukan jarak tangsi setiap pelepasan dibuat.

Ungah terpedaya lagi (2)



Nama: Azlan

Tangkapan: Ungah(700gram)

Teknik: Casting(XRAP Rapala Redhead)

Tarikh: 18.3.2007

Jam: 0906

Lokasi: Kg Danau Telisai,Tutong

Kerisi Bali (Brunei drop-off)


Nama: John
Hasil Tangkapan:Kerisi Bali(1kg)
Teknik: Pancingan Dasar (Bottom Fishing)
Tarikh: 15hb April 2006
Jam: 0720 pm
Lokasi: Brunei water (Drop-off)

Ungah terpedaya lagi (1)


Nama: Azlan
Tangkapan:Ungah(800gram)
Teknik: Casting(XRAP Rapala Rehead)
Tarikh: 9.3.2007
Jam: 0720
Lokasi: Kg Danau Telisai,Tutong

B.Fishing: Kagum dengan kehebatan menipu ungah..

Salam Muhibah kepada Kaki Pancing Brunei Darussalam

Musim Tenkujuh sudah beredar dan kini laut bergelora juga pun mulai reda. Para nelayan serta kaki kaki pancing laut dalam pun sudah tersenyum simpul berangan akan mendapat keberhasilan bila turun nanti.Sebelumnya hanya duduk diam sambil menganti alat2 yang rosak serta membersihkan peralatan pancing yang sedia ada. Tak mustahil ada yang sudah menambah peralatan baru seperti gewang, joran,kekili dan peralatan lain untuk dicuba…

Kini sudah hampir dua bulan laman web ini dilahirkan semenjak bulan februari 2007 nampaknya mendapat sambutan yang mengalakkan dari peminat tersendiri khasnya kaki pancing negara ini. Saya berterima kasih kepada yang telah membantu menghidupkan laman web ini terutama kepada kaki kaki pancing yang telah menghantar gambar2 tangkapan mereka.Adalah diharapkan lagi banyak penyumbang akan tampil berkongsi pengalaman serta cerita expedisi activiti pancing untuk dimuatkan kedalam web ini. Negara kita memang tak kalah dengan kekayaan khazanah laut seperti negara jiran kita Malaysia, Singapura, Thailand yang terdapat berbagai sepesis ikan serta kehidupan laut yang lain. Disamping keghairahan memancing serta menimba hasil laut perlu diingat jangan lah kita sampai rakus tak menghormati undang2 yang telah dikeluarkan dari Jabatan Perikanan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama negara kita.Adalah sayang jika kita kehilangan khazanah laut kita kerana ianya amat penting bagi penerus generasi kita yang akan datang.
Diruangan ini bagi krew Brunei Fishing kami akan cuba memaparkan kisah serta lawatan kami ke kedai penjual alat2 pancing dan expedisi2 terbaru kami yang akan datang untuk peminat kaki pancing semua. Akhir sekali didalam keseronokan melakukan aktiviti kita jangan lupa akan aspek keselamatan seperti mengunakan jaket2 keselamatan bila kita turun kelaut.Janganlah sampai timbul pula cerita yang tidak diingin terjadi. Terima kasih sekali lagi kepada yang menyokong dan pembaca halaman ini.

B.Fishing: Diharap ada penyumbang cerita mengenai memancing udang atau ikan ayer tawar pula..

Saturday 14 April 2007

Penguatkuasaan Moratorium atas operasi menangkap ikan di Zon 1

Petikan dari Media Permata Online
Jabatan Perikanan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama akan melaksanakan dan menguatkuasakan Moratorium ke atas operasi menangkap ikan di Zon 1 bermula 1 Januari 2008 akan datang sebagai program menangani kepupusan atau penurunan sumber perikanan marin di negara ini...
Untuk artikel penuh Click sini

A fishing hook

Istilah nama bahagian mata pancing untuk pengetahuan kita dalam bahasa English. Untuk keterangan lanjut tekan gambar diatas.

Gambar di petik dari Wikipedia-The Free Encyclopedia

Friday 13 April 2007

Albright Knot


Labuan Fishing Tournament 2007

http://www.labuantourism.com.my
Labuan tourism website is holding a fishing tournament.

Event : ROLEX IGFA INTERNATIONAL GAMES FISHING TOURNAMENTDate : 01 - 06 May 2007Venue : Labuan - Pulau Layang-LayangThis prestigious deep sea fishing tournament in the Asian region is part of the Rolex / IGFA Offshore Championship qualifying round also offers the biggest prize money in the region. The winning team will qualify to participate in the finals of the Rolex / IGFA Offshore Championship held either in Mexico or Hawaii.Organiser : Labuan Corporation, Labuan Tourism Action Council & Labuan Anglers Association
Tel: 087-408744 / 422622 / 019-8896739
Fax: 087-419622 / 410025

Click here to go directly to the website.

Thursday 12 April 2007

Kerisi


Nama:David
Hasil tangkapan: Kerisi
Berat: 2.5 kg
Lokasi: Brunei Drop-off (brunei trences)
Teknik: Pancingan dasar (bottom fishing)
Umpan: potongan ikan kembong

B.Fishing: Like to try at Brunei Drop-off.....tahan mabuk ke .....

Wednesday 11 April 2007

Alu-alu disangka Marlin

Nama: Kelvin
Hasil Tangkapan: Alu-alu (Barracuda)
Berat:17 kg
Lokasi: Di perairan Muara
Teknik: Menunda (Trolling)
Umpan: Sotong plastik

Message:
Hari yang indah dan cuaca yang baik. Saya turun bersama beberapa teman diperairan Muara mencari ikan Marlin (catch & release) yang dikatakan nelayan selalu kelihatan. Sentakan yang kuat sehingga joran melentur ketika itu kami sangkakan Marlin dah mengena. Dengan pertarungan hebat rupa-rupanya sekor ikan Alu-alu (Barracuda) yang tertawan.

B.Fishing: Tangkap dan lepas adalah amalan yang baik bagi spesies seperti ikan Marlin atau Layaran.

Bebatik dan Selunsung tewas

Koleksi ikan yang ditawan pemancing kita ini di perairan Pantai Jerudong.



Nama: Puasa
Hasil tangkapan: Selunsung dan Tirusan
Umpan: Udang Hidup
Lokasi: Pantai Jerudong

B.Fishing: Pembaca mengharap teknik kejayaan anda..

Tuesday 10 April 2007

Selunsung KB


Nama: Wahab
Hasil Tangkapan: Ikan Selunsung
Lokasi:Kuala belait
Teknik: Mengunakan umpan hidup dan Umpan Timbul

Umpan: Udang Hidup
Tarikh:31 Julai 2006
Message:

Assalamualaikum. Terima Kasih kerana mengadakan Website untuk pemancing2 dibrunai ani. Dsini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya memancing. Dengan ini saya sertakan gambar saya.

B.Fishing: Siapa sangka selunsung tak ada di KB....tahniah

Ungah tewas lagi

Nama:Azlan
Hasil tangkapan:Ungah
Berat:1.3kg teknik: mengilat gewang(halco 3m)
waktu: 18.30 tarikh: 25.2.2007
lokasi: Kg Danau Telisai Tutong.

Message:
Terima kasih sekali lagi kepada editor bagi laman web ini kerana tak jemu2
mempaparkan koleksi tangkapan kami dan kaki2 pancing yg lain.Baru saya teringat setelah terbaca artikel mengenai kedai Mr Richard, saya telah memberitahunya tentang laman web ini kira2 3 minggu lepas lalu beliau pun gembira juga mendengar berita ini dan terus
mencatitknnya kerana ingin berkongsi pengalaman dgn kaki pancing yg ada dbrunei.

B.Fishing: Terima kasih..

Keberhasilan jigging

Nama: Azlin
Hasil Tangkapan: Languran (3.2 kg) Kurisi (2.1 kg)
Lokasi:Kawasan Champion Oilfield
Teknik: Light Jigging
Umpan: Jig besi
Jenis : surecatch 250grams
Rod : Shakespear PE5
Spool : Daiwa Dogfight

Message:
Akum kepada kaki pancing dan kaki jigging di Negara Brunei Darussalam. Saya amat berbangga kerana Negara kitani sudah mempunyai laman web tersendiri. Tahniah kepada mereka-mereka yang membuat laman web ini.

Dua ekor ikan yang saya pegang adalah hasil dari jigging. Walaupun jigging merupakan satu aktiviti yang memenatkan tetapi bagi mereka yang berminat dengan sport fishing akan berasa puas hati apabila jig mula disambar oleh ikan. Pada ketika saya turun ke laut, saya tidak membawa kamera, saya hanya mengambil gambar setelah tiba di rumah. Walaupun selama 7 jam mengharungi badai laut bagi saya memperolehi beberapa ekor ikan sudah memberikan kepuasan. Kebetulan pada masa saya menurunkan jig, tidak lama selepas itu jig disambar.. pertarungan berlaku, walaupun ikan languran tidak sehebat amberjack tetapi ia tidak mudah mengalah. Begitu juga halnya dengan ikan kurisi merah. Selepas dua ekor ikan ini berjaya ditewaskan, ada lagi beberapa kali sambaran yang hebat berlaku akan tetapi rezeki tidak menyebelahi saya, rod melentur dengan kuat dan kedengaran bunyi tali nylon semakin ditarik, setelah bertarung dalam lebih kurang 5 minit, benang sulaman dan jig putus di bawa ikan. Setelah jig bertuah di bawa ikan, saya mencuba nasib untuk menggunakan jig lain tetapi hasilnya menghampakan. Ikan lari dan umpan hilang adalah ada resam memancing. Oleh itu saya menyeru kepada kaki pancing terutamanya kepada kaki jigging untuk berkongsi cerita dan pengalaman dengan saya memandangkan saya masih baru dalam bidang jigging ini. Saya ingin sekali berinteraksi dan berkongsi cerita dan pengalaman dengan biskita. Email saya ialahmailto:monster_garage1611@hotmail.com- wasallam

B.Fishing: Syabas...Mencuba keadah baru

Capt. Fred's Fishing Shop (Part 1)

Berjumpa kita lagi diruangan review kedai pancing kali ini Brunei Fishing membawa anda kesebuah kedai yang sudah lama bertapak dinegara kita dan dilanggani oleh ramai kaki pancing tempatan mau kaki2 pancing pro dari luar negara. Kedai yang saya maksubkan ialah Kedai pembekal alat2 pancing Kapten Fred's.

Pada mulanya saya ragu2 untuk berjumpa pengurusnya kerana saya belum membuat temu janji. Oleh kerana saya kebetulan ada urusan berdekatan dengan kedai ini, maka saya teruskan saja niat tersebut.Ketika masuk kedalam kedai ini pengurusnya Mr.Richard dengan senyum bertanya apa boleh dia bantu. Saya menerangkan bahawa saya ingin mereview kedainya ini untuk laman web Brunei Fishing. Saya amat senang hati apabila beliau telah pun mengetahui akan kewujupan laman web ini dari pelanggan yang datang kekedainya sebelum ini. Tanpa berlengah lagi Mr. Richard dengan senang hati menunjukan barangan dan menerangkan dengan terperinci sambil diselitkannya cara pengunaannya. Mr Richard adalah seorang yang ramah dan banyak pengetahuan mengenai info2 terkini mengenai aktiviti2 memancing dinegara kita.
Bagi kaki pancing yang ingin memiliki barangan produk yang berkelas tinggi untuk ketahanan maksimum anda boleh mendapatinya disini. Kelihatan di almari kaca kekili kelas tinggi Stella,Saltiga dari Shimano, kekili eletrik dan Biomaster (Daiwa) mencecah ribuan ringgit antara yang dipamerkan disitu. Selain dari itu bermacam jenama lain juga turut dijual disini.

Berjenis jenis tali sulaman dari keluaran berkley,Sufix ,Stren dan tali keluaran dari negara matahari terbit Jepun disusun rapi untuk pelanggan membuat pilihan. Menurut Mr.Richard barangan alat pancing keluaran Jepun adalah antara yang bermutu tinggi pada masa kini dalam pasaran.

Gewang dikedai ini terdapat bermacam2 pilihan boleh didapati terutama dari keluaran Rapalla, Lucky craft (Jepun),Strike Pro, Rebel dan lain2 lagi. Tidak dilupakan kepada anda yang minat menunda (throlling) barangannya mudah didapati disini.

Bahagian seksyen joran pula terdapat banyak pilihan tetapi disini saya ingin menyentuh salah satu jenama dijual iaitu Jenama XZOGA.
Kedai ini adalah ejen pembekal tunggal jenama Xzoga dinegara ini. Jenama ini timbul mengegarkan dunia pancing dengan konsep V9 dimana ianya dicipta oleh para pemancing pro untuk kegunaan tahan dari asakan ikan. Joran ini dijual tanpa rings dan penyangkut kekili ianya dipasang mengikut kehendak pemiliknya (custom made). Peminat jigging jenama keluaran white rabbit,Sure baits, remens dan strike pro antara digantung rapi untuk pilihan. Disudut lain kelengkapan jigging seperti sarung tangan (leather) diletakkan bersama peralatan tambahan ubah suai kekili.

Adalah difahami dari Mr.Richard, kedai ini juga pembekal utama barangan pengesan lubuk ikan (GPS) keluaran Humminbird dinegara kita. Berjenis nama serta saiz pengesan lubuk ikan terdapat disini. Berita baik juga bagi anda yang belum mengetahuinya, kedai Kapten fred's ini ada menyediakan pakage memancing mengunakan kapal. Antara pakage yang ditawarkan adalah expedisi ke Louisa Reef (spratly's), Brunei dropoff, Brunei reefs & wrecks dan Abana Deep water Trench (ikuti keluaran akan datang). Kepada yang belum pernah berkunjung kedai ini boleh datang ke alamat:

No.108 Plaza Athirah (bersebelahan Soon Lee Supermarket)
Jln Kubah Makam Diraja
BSB, Brunei Darussalam
TEL:32228951/32342407
Email: sales@fredfishing.com
Website: www.Fredfishing.com

Saya selaku dari Brunei fishing ucapkan ribuan terima kasih kepada Mr Richard kerana meluangkan masa dan berkongsi pandangan mengenai cerita2 hal dunia memancing. Sampai Jumpa lagi..

Ikan Ungah (Mangrove Jack)

Ikan Ungah atau dikenali dengan Siakap merah (Mangrove Jack) habitatnya mudah didapati muara sungai dinegara ini dan juga laut dalam kita. Ikan ini adalah jenis ikan pemangsa yang suka memburu gewang dan juga umpan ikan yang dipotong. Untuk mengetahui lebih lanjut: Mangrove jack

Tiga sekawan

Petang semalam Brunei Fishing tergerak hati hendak mencuba mengilat (casting) dipantai Serasa.Ketibaan saya sudah ada beberapa kumpulan pemancing kelihatan disepanjang deretan batu pemecah ombak dengan sabar menunggu sentapan ikan. Ditepi batu saya berdiri kelihatan sekali sekala beberapa ekor anak ikan kembura melompat untuk melepaskan diri dari buruan pemangsanya. Ini membuat saya tak sabar mengetahui ikan apakah yang memburu ikan kembura itu. Dengan mengunakan joran panjang 2.44m dari Tica padanan kekili Abu Gracia T3600C lalu membaling gewang pop tiger dari Sure catch. Beberapa balingan serta bermacam jenis gewang saya cuba namun hasilnya hampa walaupun balingan tersebut berdekatan dengan riak ayer ikan pemangsa itu.
Hari sudah gelap, ketika mula hendak berkemas pulang kehadiran tiga anak muda berhampiran mencuri pandangan saya. Ketika mereka menghayun joran selepas dipasang umpan kedengaran deruan bunyi seperti hembatan bola golf. Suara inilah yang mengasyikkan bagi kaki kai pemancing. Dengan memberi salam saya menghampiri mereka untuk mengetahui ikan yang mereka perolehi sebelumnya. Menurut Ariffen malam sebelumnya mereka memperolehi spesies ikan putih sebesar susunan 8 anak jari dan juga ikan Tetambak. Umpan yang digunakan ialah anak udang Siar hidup. Dia berserta rakannya Amali dan Zaim mencuba nasib malam ini lagi. Sebelum pulang saya sempat melihat hasil2 tangkapan sebelumnya dari telepon bimbit salah seorang dari mereka.

B.Fishing: Maaf jika tersalah ejaan pada nama. Diharap tiga sekawan akan dapat berkongsi gambar tangkapan kepada kita semua.