Weather forecast
Khazanah ilmu memancing kita
Kepada teman pemancing semua hantaran cerita2 pendek trip memancing anda, info pengunaan alat2 penangkapan ikan seperti bubu,bintur,rambat dan sebagainya adalah dialu2kan bersama gambar sipenangkapnya kepada editor.Sama2 lah kita akan mendapat menafaatnya jua dengan memperkenalkannya kepada generasi baru. Email: bruneifishing@gmail.com
Album Bruneifishing.
Thursday, 26 April 2007
Ikan Ketutu (Kerapu Sungai)
Khamis 25/04/07, Dua member dari Brunei fishing turun ke kampung Danau meninjau keadaan sungai disana pada hari ini iaitu Si*pengapon* & SY. Penat pulang berkerja malam bukalah satu halangan untuk mencuba di kuala Sungai Tutong (sebelah kg.Danau) serta Sungai Telisai yang terkenal dengan ikan Ungah (siakap merah).Dengan mengunakan pacuan empat roda kami menunju terus ke hujung muara sungai dan nampaknya ayer sudah pasang penuh. Kedengaran bunyi engine pekerja ditengah kuala sungai keluar masuk dan dalam pemikiran Si*pengapon* munkin mereka sedang menperdalamkan lagi kawasan tersebut. Sy tak sabar sudah untuk mencuba dari tepi2 batu kawasan itu. Setelah mencoba selama 1 jam mengilat (casting) nampaknya ikan tak minat langsung dengan rapala kami dan kami pun beredar pulang.
Diperjalanan pulang kami singgah di tepi Sungai yang berdekatan dengan surau Kg. Danau. Apabila diperhatikan pohon2 bakau yang ada berdekatan sungai memang itu tempat persembunyian yang paling ideal bagi ikan jenis pemangsa untuk mencari makan. Ketika SY meninjau ditepi sungai kelihatan anak ikan berlompatan diburu pemangsa. Apalagi...mengilat lagilah namanya. Tak sampai 5 min gewang strike Pro SY telah diragut pemangsa. Ianya Ikan Ketutu kecil (Kerapu sungai) dan selepas diambil gambar ianya kami lepaskan balik. Itulah ikan yang kami dapat dalam lawatan kami pagi ini ke kampung Danau. Kami akan mencuba lagi bila ada kelapangan....
Si*Pengapon*: Tunggu cerita dari member Brunei Fishing yang lain pulak...

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment