Nama: Azlin
Hasil Tangkapan: Languran (3.2 kg) Kurisi (2.1 kg)
Lokasi:Kawasan Champion Oilfield
Teknik: Light Jigging
Umpan: Jig besi
Jenis : surecatch 250grams
Rod : Shakespear PE5
Spool : Daiwa Dogfight
Message:
Akum kepada kaki pancing dan kaki jigging di Negara Brunei Darussalam. Saya amat berbangga kerana Negara kitani sudah mempunyai laman web tersendiri. Tahniah kepada mereka-mereka yang membuat laman web ini.
Dua ekor ikan yang saya pegang adalah hasil dari jigging. Walaupun jigging merupakan satu aktiviti yang memenatkan tetapi bagi mereka yang berminat dengan sport fishing akan berasa puas hati apabila jig mula disambar oleh ikan. Pada ketika saya turun ke laut, saya tidak membawa kamera, saya hanya mengambil gambar setelah tiba di rumah. Walaupun selama 7 jam mengharungi badai laut bagi saya memperolehi beberapa ekor ikan sudah memberikan kepuasan. Kebetulan pada masa saya menurunkan jig, tidak lama selepas itu jig disambar.. pertarungan berlaku, walaupun ikan languran tidak sehebat amberjack tetapi ia tidak mudah mengalah. Begitu juga halnya dengan ikan kurisi merah. Selepas dua ekor ikan ini berjaya ditewaskan, ada lagi beberapa kali sambaran yang hebat berlaku akan tetapi rezeki tidak menyebelahi saya, rod melentur dengan kuat dan kedengaran bunyi tali nylon semakin ditarik, setelah bertarung dalam lebih kurang 5 minit, benang sulaman dan jig putus di bawa ikan. Setelah jig bertuah di bawa ikan, saya mencuba nasib untuk menggunakan jig lain tetapi hasilnya menghampakan. Ikan lari dan umpan hilang adalah ada resam memancing. Oleh itu saya menyeru kepada kaki pancing terutamanya kepada kaki jigging untuk berkongsi cerita dan pengalaman dengan saya memandangkan saya masih baru dalam bidang jigging ini. Saya ingin sekali berinteraksi dan berkongsi cerita dan pengalaman dengan biskita. Email saya ialahmailto:monster_garage1611@hotmail.com- wasallam
B.Fishing: Syabas...Mencuba keadah baru
No comments:
Post a Comment