Khazanah ilmu memancing kita


Kepada teman pemancing semua hantaran cerita2 pendek trip memancing anda, info pengunaan alat2 penangkapan ikan seperti bubu,bintur,rambat dan sebagainya adalah dialu2kan bersama gambar sipenangkapnya kepada editor.Sama2 lah kita akan mendapat menafaatnya jua dengan memperkenalkannya kepada generasi baru. Email: bruneifishing@gmail.com


Album Bruneifishing.

Saturday, 29 May 2010

HARI KE TUJUH 2 MEI 201- Penyampaian hadiah

Pukul 5.30 pagi Kapal SeaMaiden 1 telah selamat sampai ke Marina Awam Labuan dan semua peserta mengemaskan ikan masing-masing dan memasukkan kedalam coolbox untuk di bawa balik. ikan yang akan dipertandingkan juga dikeluarkan dari peti ais untuk di bawa ke meja pengadil di kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan. Pukul 9 pagi, semua ikan yang dipertandingkan di bawa ke meja pengadil untuk di timbang dan dipamerkan kepada orang ramai yang hadir.
Pada sebelah malam diadakan majlis penutupan pesta air dan penyampaian hadiah untuk IGFA Labuan International Gamefishing Tournament 2010. Pemenang pertandingan secara automatic di jemput untuk mengikuti pertandingan IGFA World GameFishing Championship di Los Cabos, Mexico.

B.Fishing: terima kasih diatas laporannya.

Jigging-part 2




Precious Anglers
Hj Sham
menjig d Jasra n Maharaja
Bemasa 11.8kg
Lingkuh 5.5kg
Languran 4.3kg

HARI KE ENAM 1 MEI 2010 Pulau Layang-Layang – PulauLabuan = 165 batu nautika

Pukul 9 pagi, kapal SeaMaiden 1 memasuki Lagoon Pulau Layang-Layang dan menunggu kapal-kapal yang lain untuk memasuki Lagoon sebelum pukul 10 pagi, jika ada kapal yang terlambat untuk memasuki Lagoon, maka penyertaan mereka dibatalkan dan semua ikan tidak dapat dipertandingkan. Setelah semua kapal memasuki Lagoon, pemeriksaan keselamatan dilakukan dan setelah pasti semua dalam keadaan baik, ketua Marshall dan wakil penganjur mengunakan bot kecil untuk mendarat di Pulau Layang-Layang untuk membuat laporan untuk meninggalkan kepulauan Spratly.
Pukul 12 tengah hari, kebenaran telah diperolehi, Ketua Marshall mengarahkan semua bot untuk meninggalkan Lagoon Pulau Layang-Layang dan menuju ke destinasi seterusnya iaitu Pulau Kuraman untuk berkumpul dan setelah semua kapal sampai barulah menuju ke Pulau Labuan. Gambar menunjukkan keadaan yang bergelora semasa perjalanan balik, setelah 5 hari dikurniakan dengan cuaca yang baik.

Gambar menunjukkan bilik makan di dalam kapal SeaMaiden 1 dan juga bilik tidur yang menempatkan 6 orang di tengah kapal, 6 katil lagi dihadapan kapal, 10 katil lagi untuk kegunaan krew dan kapten kapal yang terletak di tengah dan atas kapal. Terdapat 2 kamar mandi dan juga mesin pencuci pakaian untuk kemudahan peserta. SeaMaiden 1 mempunyai 5 orang krew terdiri dari seorang kapten, penolong kapten, 2 engineer dan seorang tukang masak. Dalam gambar, Riduan dan Martin bersedia untuk tidur semasa perjalanan balik selepas 24jam memancing.

Jigging

Precious Anglers
G-Mi (capt.), Padamit, Hj Win, Jef sama Hj Sham
Jasra sama Maharaja
Mlm Jumat dari kul 7mlm smpai 5pagi
Gt, languran, banglos, mambangan, tungkul, lingkuh


HARI KE LIMA 30 APRIL 2010 Mariveles Reef – Terumbu Ubi = 18 batu nautika Terumbu Ubi – Pulau Layang-Layang = 16 batu nautika

Setelah semalaman memancing, semua peserta hanya tidur 2-3 jam sahaja dan selepas sarapan bersedia untuk memancing lagi, di dalam gambar menunjukkan encik Johari dan Awang Hamdan sedang menyiapkan barang pancing mereka, tidak lama selepas itu, Awang Hamdan memperolehi seekor Ikan Lantaran seberat 3 kg yang menjadi hidangan tengah hari kami pada hari itu.
Nazrie mendapat ikan Dog Tooth Tuna dengan cara jigging mengunakan rod Jigging Master PE 4-8, reel Shimano Stella 20000 dan jig 150gram.
Riduan sedang berehat dibilik makan Semasa kapal SeaMaiden membuat perjalanan menuju ke Pulau Layang-Layang untuk standby menunggu kapal lain datang esok hari. Nazrie dan Mr. Leong dari Malaysia sedang menikmati hari senja semasa perjalanan. SeaMaiden sampai di Pulau Layang-Layang dalam pukul 6.30 petang dan berlabuh di luar Lagoon Pulau untuk meneruskan pancingan.

Ikan yang diperolehi semasa pancingan malam, Riduan dengan ikan Trevally yang banyak didapati pada malam sehingga subuh dengan teknik pancingan dasar dan jigging. Martin pula memperolehi ikan keratang seberat 26kg dengan teknik pancingan dasar. Sepanjang malam semua peserta memperolehi bermacam-macam jenis ikan terdiri dari kerisi bali, Ruby snapper, dorado dan Trevally. Sebahagian peserta tidak tidur sehingga tengah hari esoknya, kerana ikan semakin galak memakan umpan terutamanya dengan kaedah jigging.

Friday, 28 May 2010

Orang Lawa Mengkisi Kerisi


Nama : Dino ( Captain & Tukang Baca Jampi ), Fadillah ( Tau Makan Saja ), Abdillah ( Tukang Bawa Umpan ), Awg Saiful ( Tukang Liat Keadaan ).
Tangkapan : Kersi - Kerisi Aje.
Lokasi : Lautan Jerudong.
Umpan : Sotong Aje.
Kegunaan : Kerikan Orang Lawa.

Barangan baru ....D LUN FISHING SHOP

The saltwater angler's friend, Salt-Away contains ingredients that attack and remove salt from any surface. Pre-treating surfaces helps protect against costly repairs caused by the corrosive action of salt. Works great on motors, fishing equipment, diving gear, boat, and all other surfaces exposed to salt. Biodegradable and non-toxic.

Berkley's Gulp! Alive Spray Attractant is a quick and easy way to make your bait come alive with a fish-attracting scent that will greatly increase your catch-rate. Effective on soft bait, hard bait and even live bait, this Berkley spray-on fish attractant is like having a blood trail in the water that fish can't refuse chasing and striking.

Visit Lun Fishing shop for more new arrival products info.

S.W.Angler Trip On 28 May



Alex
Hasil : Kurau 1 kg ++ dan Umpak Kuning 1kg++
lokasi : area Sungai Brunei sja
Tangkapan hari ini...macam-macam ada..
*My Junior Angler Md Irfan
*wah... barat eeh...katanya

bebarahan


Nama : Ngian
Tangkapan : Bebarahan
Umpan : $1 - 8
Date : 12.05.2010

Kurau,Gulama,Ketambak


nama : Fairul
Tangkapan : Kurau,Gulama & Ketambak
Umpan : $1 - 10
Lokasi : Sg.Matan
Date: 25.05.2010

Tuesday, 25 May 2010

IGFA Labuan ..HARI KETIGA, KEEMPAT 28-29 APRIL 2010 Pulau Layang2 – Dallas Reef = 12.4 batu nautika Dallas Reef – Mariveles Reef = 22 batu Nautika

Pukul 4.30 pagi, Kapal SeaMaiden 1 sampai di luar Lagoon Pulau Layang-Layang dan hanya dibenarkan memasuki Lagoon pada pukul 5.30 pagi setelah mendapat kebenaran dari Commanding Officer Angkatan Tentera Laut DiRaja Malaysia yang berpangkalan di Pulau Layang-Layang.
Setelah kesemua 23 buah kapal yang ikut serta di pertandingan itu sampai dan memasuki Lagoon Pulau Layang-Layang, pemeriksaan keselamatan dilakukan sekali lagi untuk memastikan semua kapal dan peserta selamat. Ketua Marshall dan Penganjur mendarat di Pulau Layang-Layang untuk mendapatkan kebenaran untuk berada di Kepulauan Spratly dan untuk meminta bantuan jika ada terdapat masaalah semasa berada di sana. (gambar menunjukkan kapal milik DreamCharter dan Apollo dari Brunei yang di sewa oleh pasangan dari German dan Apollo yang di sewa oleh pasukan dari Johor, Malaysia).

Kapal Dive Master dari Thailand yang disewa khas oleh pihak penganjur untuk membawa peserta VIP jemputan. Gambar kedua, Riduan bersama dengan Martin Wiles pemancing professional dari U.K dan juga Encik Johari, wartawan dari majalah Rod & Line, Malaysia.
Selepas melapor ke Chief Officer TLDM, Ketua Marshall memberikan arahan untuk semua kapal meninggalkan Lagoon Pulau Layang-Layang dan pergi ke tempat pancingan masing-masing, gambar menunjukkan peserta dari Labuan, Awang Hamdan memperolehi ikan Dog Tooth Tuna seberat 3.5kg dan Wahoo 15kg, yang menyambar gewang tiruan semasa trolling di pesisiran terumbu karang Pulau Layang-Layang dalam perjalana menuju ke Dallas Reef.

Setelah sampai ke Dallas Reef, Kapal SeaMaiden 1 berlabuh sehingga petang tetapi ikan kurang memakan umpan, kapten SeaMaiden menuju ke Pulau Ubi (Mariveles Reef) dan berlabuh untuk pancingan malam, semua peserta melakukan pancingan bottom dan jigging sehingga subuh. Gambar menunjukkan Martin sedang menaikkan ikan Escolar atau ikan minyak seberat 28kg dan kemudian seekor lagi seberat 40kg, dengan teknik bottom berumpankan seekor ikan barracouta, yang diperolehi semasa jigging.

bersambung..

ada jua kan dibawa muleh

awal-awal turun tu diagatah tmpt plabuhan yg ampir2 dulu, lauk nda brapa mau mkn.. jadi pelahan-pelahan tah kami bepindah-pindah lagi ke atas mengunjar tmpt lauk mau mkn. Udah puas mencari sama mmencuba mengail di kawasan ampir-ampir tu,nda jua belurih, pindah tah kami g naik ke atas mencari pelabuhan yg dlm sikit, pun sama jua lauk tu nda jua mau brapa mkn. (maybe pasal arus tu nda berapa mengana kali). Sekali last2 pindah tah kami tmpt pelabuhan kegemaran kami (takat yg tinggi dikit) tuk mengintai ikan2 jenis ikan putih, p tpaksa tah jua menunggu bulan masuk, taim atu tah ia baru mau mkn tu.. so tunggu punya tunggu, ahernya mau tah jua mkn lauk bekalang biawak saiz yg sadang tu, p nda jua batah lah taimnya mau mkn tu.. ada jua kan dibawa muleh...


Nama : Geng Tim Ligak-Ligak (Haji Hamid, C-Wah, Kadi & Mamad)
Tangkapan :languran 2 ekong ganya (2.5 & 2 kg), bekalang biawak (rata-rata dlm 800g - 900g),kerisi-kerisi, Agut-agut, pisang-pisang, Anduping Putih & Anduping takat, Kerapu dll.
Umpan : hirisan ikan Basong-Basong
Teknik : Pancing Dasar (Joran, beambur, bejaul & anjun) & mencasting
Tali : Tangsi (Perambut 20 lbs - 40 lbs)
Lokasi :Laut Jerudong (Laut Bukit Agok zon 2 ke atas bwh ID)
Tarikh : 22/5 - 23/5/2010
masa : dari malam Sabtu hingga siang ari Minggu (taim aing begerak surut & mula pasang semula)
keadaan : malam ari laut sadang jua taduhnya, angin dari arah darat (sajuk jua) sampai siang hari.

Tangkapan besar punya


Nama: Shuk
Lokasi: KB kg hawaii
Tangkapan: Umpak kuning
berat : 2.4kg
spool & rod : Shakespeare
teknik : tunggu dan bersabar(kuat iman)

IGFA Labuan ...hari kedua..Labuan – Pulau Layang-Layang = 165 batu nautika

Semua perserta berkumpul di Marina Awam Labuan pada pukul 9 pagi untuk menaiki kapal masing-masing dan bersedia untuk flag off pada pukul 11 pagi. Gambar menunjukkan Riduan di hadapan poster pertandingan dan kapal yang megikuti pertandingan.

Semua kapal-kapal dilepaskan tepat jam 11.00 pagi oleh Yang Berhormat Dato Yusof Mahal, ahli parlimen Labuan, semua kapal berkumpul di perairan Pulau Kuraman untuk pemeriksaan keselamatan ( boat count dan head count ). Selepas semuanya selesai perjalanan diteruskan menuju ke Pulau Layang-Layang.

Perjalanan ke Pulau Layang-Layang mengambil masa selama 16 Jam dengan kelajuan 8-10 knot. Sepanjang perjalanan, memancing dengan mengunakan kaedah trolling dilakukan untuk menjerat ikan Layaran dan Mersuji, tetapi bagi peserta di kapal kami tidak memperolehi hasil sehingga sampai ke Pulau Layang-Layang. Semasa dalam perjalanan, semua peserta menyiapkan barang-barang pancing sebelum pertandingan dimulakan pada esok hari sambil berkenal-kenalan dengan peserta yang lain. Peserta mengikuti SeaMaiden adalah Mr. Martin Wiles (u.k), Encik Johari (Rod & Line Magazine), Awang Hamdan (Jabatan Laut, Labuan), Mr. Leong Yew Wai (Kuala Lumpur), Riduan dan Nazrie (Brunei Offshore Fishing), Chief Marshall, Major Johari (TUDM) dan 2 orang pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan, Malaysia.

bersambung...

Monday, 24 May 2010

BLacKGolD Mengurisi d'Laut Jerudong



Nama: BLacKGoLD (pilot & co-pilot saja)
OLeh2: Sememang nya kurisi,
menyalat jua berusak kurapu & bakulan.
Umpan: Biasa ler sotong & udang
Teknik: Anjun
Lokasi: D'Laut Jerudong saja.
Tarikh: 23.05.2010 @ 8.00am ~ 2.30pm.

Wednesday, 19 May 2010

LAPORAN IGFA LABUAN INTERNATIONAL GAMEFISHING TOURNAMENT 2010 26 APRIL HINGGA 2 MEI 2010

Hari Pertama pertandingan IGFA Labuan.

Kepada teman Bruneifishing kita amat bertuah dapat berkongsi cerita dari teman kita dari Negara Brunei darusalam yang menyertai pertandingan tersebut. Mereka yang menyertainya ialah Nazrie dan Riduan. Marilah ikuti kisah mereka ketika disana. gambar atas mereka mendaftar masuk ke Beta service apartment yang disediakan oleh pihak penganjur, Labuan Seasport Association dan Tourism Labuan.
Selepas itu memeriksa kapal yang akan di gunakan semasa pertandingan dilangsungkan yang berlabuh di Marina Awam Labuan. Penganjur menyediakan 2 buah kapal untuk membawa pihak media dan jemputan VIP dan Brunei offshore Fishing team diberikan pilihan untuk memilih mana-mana kapal untuk di ikuti. Kami memilih kapal SeaMaiden 1 yang lebih selesa untuk memancing dibandingkan kapal DiveMaster yang lebih sesuai untuk membawa penyelam.
Nazrie sedang mengadakan perbincangan dengan penganjur pertandingan, Mrs Ling semasa sedang memilih kapal.
Sebelah petang, pendaftaran untuk para peserta di adakan di Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan.
Majlis pembukaan resmi pertandingan IGFA Labuan International Gamefishing 2010 di adakan sebelah malam, Nazrie bersama dengan Martin Wiles, pemancing professional dari U.K (www.borneoangling.com) dan pengarah syarikat Dream Charter Brunei. Gambar seterusnya adalah Marshal yang akan ditempatkan disetiap kapal yang ikut serta untuk memastikan peserta mengikut peraturan yang ditetapkan semasa bertanding. Gambar lain adalah pasukan yang menyertai pertandingan.
Selepas majlis pembukaan, Penganjur pertandingan Mr. Patrick Soong mengadakan taklimat untuk semua peserta mengenai peraturan dan keselamatan semasa pertandingan.

Selepas majlis pembukaan, Penganjur pertandingan Mr. Patrick Soong mengadakan taklimat untuk semua peserta mengenai peraturan dan keselamatan semasa pertandingan.

Peserta dari Brunei di wakili oleh:

(Brunei Offshore Fishing Team)
Riduan Hj Hussin @ du1
dan
Mohamad Nazrie Saie

Sponsor Brunei Offshore Fishing Team:

Lun Fishing Accessories
Deep Blue Fishing Store
www.Bruneifishing.com
Worldwellness Network Enterprise (HJ MAS)
Croxfiber.blogspot.com
AYAI

Bersambung....cerita hari kedua

keluaran terbaru Brunei Offshore Fishing DVD


Salam,

Untuk makluman peminat Brunei Fishing, keluaran terbaru DVD Brunei Offshore Fishing telah di jual di semua kedai pancing pada hari ini.

Harga seperti biasa $5.00 sahaja. dapatkan di Deep Blue Fishing store, serusop dan Tutong, Lun Fishing Accessories, Rimba dan Bengkurong, Capt. Fred Fishing store, Sengkurong, Yellow Fin Trading, Tanjong Bunut.

Tungkul




Precious Anglers
G-Mi, Dini, Kanai sama Hj Win
tungkul ganya yg dpt di naikkan yg lain atu putus tia ganya, kmi smua sependapat memang GT lah yg tagap2 makannya atu, yg twin power 8000pg sama ocea gigger 5000 pun nada pluang kn menarik, d kunci abis pun ttarik jua ia lakat bah udah ampir 10 minit main putus tia jua.
Tungkul yg tinggal kepala atu anggaran baratnya 4kg tu, iatah inda tau apa lauk yg mnyambar atu.

[S.W.AnglerZ] Trip Mengail di kawasan pulau chermin

16 Mei.. Trip Mengail di kawasan pulau chermin.....

faiz (S.W.Anglerz Team)
hasil : Umpak
area pulau chermin sja bro....



G-Mas & AleX
peace to the world....
baik bawa mengail..ada hasilnya....


hasil keseluruhan yg di naikkan pada hari ani..
umpak,ketambak,kalakitok,anduping,kerapu dan lain-lain ikan

P/s: pendek kn ceta ja lah... rancangan kn turun mengail kali banyak cubaan nya.... salah satunya ngam th jua banyak supplier udang kehabisan stok masa hari sabtu & ahad...ngalih jua beunjar umpan dari sg bsar smpai ke sg lampai smua abis stok...bek jua last minute ada supplier nipun kn menjuali udang...lau nda nada meriah tu....tpi alhamdullilah jua... balik modal jua hasilnya....


Thursday, 13 May 2010

Deep Blue promotion

Selunsung sungai brunei


Nama: Samraa
Tangkapan: Selungsong 2.9Kg
Lokasi: Sungai Brunei
Spool: Shimano
Rod: Ryo-bi
Teknik: Casting
Masa: 6ptg
Tarikh: 12/10/2010
Motto: Asal bekarih