Weather forecast
Khazanah ilmu memancing kita
Kepada teman pemancing semua hantaran cerita2 pendek trip memancing anda, info pengunaan alat2 penangkapan ikan seperti bubu,bintur,rambat dan sebagainya adalah dialu2kan bersama gambar sipenangkapnya kepada editor.Sama2 lah kita akan mendapat menafaatnya jua dengan memperkenalkannya kepada generasi baru. Email: bruneifishing@gmail.com
Album Bruneifishing.
Tuesday 25 May 2010
IGFA Labuan ..HARI KETIGA, KEEMPAT 28-29 APRIL 2010 Pulau Layang2 – Dallas Reef = 12.4 batu nautika Dallas Reef – Mariveles Reef = 22 batu Nautika
Pukul 4.30 pagi, Kapal SeaMaiden 1 sampai di luar Lagoon Pulau Layang-Layang dan hanya dibenarkan memasuki Lagoon pada pukul 5.30 pagi setelah mendapat kebenaran dari Commanding Officer Angkatan Tentera Laut DiRaja Malaysia yang berpangkalan di Pulau Layang-Layang.
Setelah kesemua 23 buah kapal yang ikut serta di pertandingan itu sampai dan memasuki Lagoon Pulau Layang-Layang, pemeriksaan keselamatan dilakukan sekali lagi untuk memastikan semua kapal dan peserta selamat. Ketua Marshall dan Penganjur mendarat di Pulau Layang-Layang untuk mendapatkan kebenaran untuk berada di Kepulauan Spratly dan untuk meminta bantuan jika ada terdapat masaalah semasa berada di sana. (gambar menunjukkan kapal milik DreamCharter dan Apollo dari Brunei yang di sewa oleh pasangan dari German dan Apollo yang di sewa oleh pasukan dari Johor, Malaysia).
Kapal Dive Master dari Thailand yang disewa khas oleh pihak penganjur untuk membawa peserta VIP jemputan. Gambar kedua, Riduan bersama dengan Martin Wiles pemancing professional dari U.K dan juga Encik Johari, wartawan dari majalah Rod & Line, Malaysia.
Selepas melapor ke Chief Officer TLDM, Ketua Marshall memberikan arahan untuk semua kapal meninggalkan Lagoon Pulau Layang-Layang dan pergi ke tempat pancingan masing-masing, gambar menunjukkan peserta dari Labuan, Awang Hamdan memperolehi ikan Dog Tooth Tuna seberat 3.5kg dan Wahoo 15kg, yang menyambar gewang tiruan semasa trolling di pesisiran terumbu karang Pulau Layang-Layang dalam perjalana menuju ke Dallas Reef.
Setelah sampai ke Dallas Reef, Kapal SeaMaiden 1 berlabuh sehingga petang tetapi ikan kurang memakan umpan, kapten SeaMaiden menuju ke Pulau Ubi (Mariveles Reef) dan berlabuh untuk pancingan malam, semua peserta melakukan pancingan bottom dan jigging sehingga subuh. Gambar menunjukkan Martin sedang menaikkan ikan Escolar atau ikan minyak seberat 28kg dan kemudian seekor lagi seberat 40kg, dengan teknik bottom berumpankan seekor ikan barracouta, yang diperolehi semasa jigging.
bersambung..

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment