Weather forecast
Khazanah ilmu memancing kita
Kepada teman pemancing semua hantaran cerita2 pendek trip memancing anda, info pengunaan alat2 penangkapan ikan seperti bubu,bintur,rambat dan sebagainya adalah dialu2kan bersama gambar sipenangkapnya kepada editor.Sama2 lah kita akan mendapat menafaatnya jua dengan memperkenalkannya kepada generasi baru. Email: bruneifishing@gmail.com
Album Bruneifishing.
Showing posts with label Laporan IGFA tournament. Show all posts
Showing posts with label Laporan IGFA tournament. Show all posts
Friday, 19 August 2011
Pictures from Igfa Labuan International Fishing Tournament 2011
Igfa Labuan International Fishing Tournament 2011 adalah sukan mancing yang prestige dan team Brunei diwakili oleh Nazrie dengan temannya Jefridin. Mereka telah memenangi 3 categori ikan terberat: heaviest jobfish, heaviest amber jack dan heaviest big eye travelly.
Antara yang sponsor team ini adalah seperti dibawah:
1. Deepblue fishing
2. Lun Fishing
3 Ayai Jigging equiptment
4 Lautan Biru Sdn Bhd
5 Tourism Malaysia (Labuan Tourism)
6 persatuan sukan air labuan
7 Perbadanan Labuan
Terima kasih di atas sumbangan gambarnya ke Bruneifishing.
Saturday, 29 May 2010
HARI KE TUJUH 2 MEI 201- Penyampaian hadiah



B.Fishing: terima kasih diatas laporannya.
HARI KE ENAM 1 MEI 2010 Pulau Layang-Layang – PulauLabuan = 165 batu nautika



Gambar menunjukkan bilik makan di dalam kapal SeaMaiden 1 dan juga bilik tidur yang menempatkan 6 orang di tengah kapal, 6 katil lagi dihadapan kapal, 10 katil lagi untuk kegunaan krew dan kapten kapal yang terletak di tengah dan atas kapal. Terdapat 2 kamar mandi dan juga mesin pencuci pakaian untuk kemudahan peserta. SeaMaiden 1 mempunyai 5 orang krew terdiri dari seorang kapten, penolong kapten, 2 engineer dan seorang tukang masak. Dalam gambar, Riduan dan Martin bersedia untuk tidur semasa perjalanan balik selepas 24jam memancing.
HARI KE LIMA 30 APRIL 2010 Mariveles Reef – Terumbu Ubi = 18 batu nautika Terumbu Ubi – Pulau Layang-Layang = 16 batu nautika




Ikan yang diperolehi semasa pancingan malam, Riduan dengan ikan Trevally yang banyak didapati pada malam sehingga subuh dengan teknik pancingan dasar dan jigging. Martin pula memperolehi ikan keratang seberat 26kg dengan teknik pancingan dasar. Sepanjang malam semua peserta memperolehi bermacam-macam jenis ikan terdiri dari kerisi bali, Ruby snapper, dorado dan Trevally. Sebahagian peserta tidak tidur sehingga tengah hari esoknya, kerana ikan semakin galak memakan umpan terutamanya dengan kaedah jigging.
Tuesday, 25 May 2010
IGFA Labuan ..HARI KETIGA, KEEMPAT 28-29 APRIL 2010 Pulau Layang2 – Dallas Reef = 12.4 batu nautika Dallas Reef – Mariveles Reef = 22 batu Nautika





Setelah sampai ke Dallas Reef, Kapal SeaMaiden 1 berlabuh sehingga petang tetapi ikan kurang memakan umpan, kapten SeaMaiden menuju ke Pulau Ubi (Mariveles Reef) dan berlabuh untuk pancingan malam, semua peserta melakukan pancingan bottom dan jigging sehingga subuh. Gambar menunjukkan Martin sedang menaikkan ikan Escolar atau ikan minyak seberat 28kg dan kemudian seekor lagi seberat 40kg, dengan teknik bottom berumpankan seekor ikan barracouta, yang diperolehi semasa jigging.
bersambung..
IGFA Labuan ...hari kedua..Labuan – Pulau Layang-Layang = 165 batu nautika



Perjalanan ke Pulau Layang-Layang mengambil masa selama 16 Jam dengan kelajuan 8-10 knot. Sepanjang perjalanan, memancing dengan mengunakan kaedah trolling dilakukan untuk menjerat ikan Layaran dan Mersuji, tetapi bagi peserta di kapal kami tidak memperolehi hasil sehingga sampai ke Pulau Layang-Layang. Semasa dalam perjalanan, semua peserta menyiapkan barang-barang pancing sebelum pertandingan dimulakan pada esok hari sambil berkenal-kenalan dengan peserta yang lain. Peserta mengikuti SeaMaiden adalah Mr. Martin Wiles (u.k), Encik Johari (Rod & Line Magazine), Awang Hamdan (Jabatan Laut, Labuan), Mr. Leong Yew Wai (Kuala Lumpur), Riduan dan Nazrie (Brunei Offshore Fishing), Chief Marshall, Major Johari (TUDM) dan 2 orang pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan, Malaysia.
bersambung...
Wednesday, 19 May 2010
LAPORAN IGFA LABUAN INTERNATIONAL GAMEFISHING TOURNAMENT 2010 26 APRIL HINGGA 2 MEI 2010

Kepada teman Bruneifishing kita amat bertuah dapat berkongsi cerita dari teman kita dari Negara Brunei darusalam yang menyertai pertandingan tersebut. Mereka yang menyertainya ialah Nazrie dan Riduan. Marilah ikuti kisah mereka ketika disana. gambar atas mereka mendaftar masuk ke Beta service apartment yang disediakan oleh pihak penganjur, Labuan Seasport Association dan Tourism Labuan.





Selepas majlis pembukaan, Penganjur pertandingan Mr. Patrick Soong mengadakan taklimat untuk semua peserta mengenai peraturan dan keselamatan semasa pertandingan.
Peserta dari Brunei di wakili oleh:
(Brunei Offshore Fishing Team)
Riduan Hj Hussin @ du1
dan
Mohamad Nazrie Saie
Sponsor Brunei Offshore Fishing Team:
Lun Fishing Accessories
Deep Blue Fishing Store
www.Bruneifishing.com
Worldwellness Network Enterprise (HJ MAS)
Croxfiber.blogspot.com
AYAI
Bersambung....cerita hari kedua
Subscribe to:
Posts (Atom)