Zulfadli@angas
ikan gadumbir.
Azrul@babar
ikan barah-barahan.
Membawa balik ikan yang diperlukan sahaja untuk menghormati kehidupan laut.


















Majlis Perundingan Kampong Sungai Matan akan mengadakan Karnival Matan 2008 kali kedua. Banyak aktibiti telah disediakan. Satu daripadanya adalah Cabaran Pancing yang akan di adakan pada 31 Mei 2008. Peraduan pancing yang diadakan pada 31 mei 2008 akan bermula pkl 8.00pagi hingga 3.00 petang. Bayaran masuk B$5.00 hanya satu joran. Joran saja digunakan untuk pancing tersebut. Banyak hadiah istimewa telah di sediakan. Sila
lihat brochure pancing untuk maklumat lajut. Datanglah beramai-ramai sahutlah cabaran kami. Pancing ikan terberat dan terbesar di kampong kami dan jadi pemenang tahun ini. Pg.Hj.Abd.Rahman Pg.Hj.Zainal : 8893061 (Mobile)
Pg.Azmanishah Pg.Hj.Abd.Rahman : 8738446 (Mobile)
Pg.Yunus Pg.Hj.Ibrahim : 8656858 (Mobile)
Hj.Ishak Hj.Ismail : 8843710 (Mobile)
Zulkhiri Hj.Junaidi : 8895687 (Mobile)
Khamis 25/04/07, Dua member dari Brunei fishing turun ke kampung Danau meninjau keadaan sungai disana pada hari ini iaitu Si*pengapon* & SY. Penat pulang berkerja malam bukalah satu halangan untuk mencuba di kuala Sungai Tutong (sebelah kg.Danau) serta Sungai Telisai yang terkenal dengan ikan Ungah (siakap merah).Dengan mengunakan pacuan empat roda kami menunju terus ke hujung muara sungai dan nampaknya ayer sudah pasang penuh. Kedengaran bunyi engine pekerja ditengah kuala sungai keluar masuk dan dalam pemikiran Si*pengapon* munkin mereka sedang menperdalamkan lagi kawasan tersebut. Sy tak sabar sudah untuk mencuba dari tepi2 batu kawasan itu. Setelah mencoba selama 1 jam mengilat (casting) nampaknya ikan tak minat langsung dengan rapala kami dan kami pun beredar pulang.
Diperjalanan pulang kami singgah di tepi Sungai yang berdekatan dengan surau Kg. Danau. Apabila diperhatikan pohon2 bakau yang ada berdekatan sungai memang itu tempat persembunyian yang paling ideal bagi ikan jenis pemangsa untuk mencari makan. Ketika SY meninjau ditepi sungai kelihatan anak ikan berlompatan diburu pemangsa. Apalagi...mengilat lagilah namanya. Tak sampai 5 min gewang strike Pro SY telah diragut pemangsa. Ianya Ikan Ketutu kecil (Kerapu sungai) dan selepas diambil gambar ianya kami lepaskan balik. Itulah ikan yang kami dapat dalam lawatan kami pagi ini ke kampung Danau. Kami akan mencuba lagi bila ada kelapangan....
Hari ini 18/04/2007 (5.00pm)B.Fishing sempat merakamkan aktiviti menangkap udang berdekatan dengan kuala keluar masuk penurunan perahu di Pantai Jerudong. Para nelayan kelihatan sibuk menarik pukat ketika kami tiba. Nampaknya musim udang lagi lah kita seminggu ni..apalagi datang lah ke pasar Jerudong jika nak udang segar.(fresh prawn)
Hari sudah gelap, ketika mula hendak berkemas pulang kehadiran tiga anak muda berhampiran mencuri pandangan saya. Ketika mereka menghayun joran selepas dipasang umpan kedengaran deruan bunyi seperti hembatan bola golf. Suara inilah yang mengasyikkan bagi kaki kai pemancing. Dengan memberi salam saya menghampiri mereka untuk mengetahui ikan yang mereka perolehi sebelumnya. Menurut Ariffen malam sebelumnya mereka memperolehi spesies ikan putih sebesar susunan 8 anak jari dan juga ikan Tetambak. Umpan yang digunakan ialah anak udang Siar hidup. Dia berserta rakannya Amali dan Zaim mencuba nasib malam ini lagi. Sebelum pulang saya sempat melihat hasil2 tangkapan sebelumnya dari telepon bimbit salah seorang dari mereka.
Di Hujung jalan kampung Kuala Tutong adalah tempat para nelayan yang mempunyai bot bot kecil dari kawasan Daerah Tutong melakukan aktiviti penurunan perahu. Gambar atas memaparkan aktiviti tersebut yang kerap dilihat dipagi hari. Untuk sampai ketempat ini adalah melalui jalan masuk ke Pantai Seri Kenangan Tutong dan memakan masa 15 minit perjalanan. Pada masa dahulu jalan ini adalah penghubung utama jalan diantara Daerah Tutong dan Daerah Belait mengunakan ferri untuk menyeberang kuala sungai Tutong. Kini hanya tinggal kenangan di mana bekas atau struktur pendaratan ferri sahaja yang boleh kita lihat.
Selamat datang ke laman Web Brunei Fishing dan salam perkenalan diucapkan kepada kaki joran atau kaki pancing Brunei. Tujuan utama laman ini adalah sebagai tempat berkongsi pengalaman dan ilmu pegetahuan dalam bidang memancing sama ada di sungai,kolam,tasik ataupun dilaut dalam negara ini.Disini juga akan memaparkan teknik ,cerita hasil tangkapan, melawat kedai menjual alat2 panching dan sebagainya.Oleh itu, diharap awda yang bergelar kaki pancing diharap dapat berkongsi pengalaman serta terus menyokong laman web ini.Kami akan sentiasa majukan laman web ini sebagai tempat rujukan kepada semua kaki pancing yang ada di Negara Brunei Darussalam ini. Berikut ialah beberapa perancangan yang ingin di sampaikan kepada semua;
(i)Senarai tempat-tempat memancing berserta gambar dan senarai ikan yang pernah dinaikan
ii) Maklumat kedai-kedai pancing yang ada di Negara Brunei Darussalam
iii) Maklumat alat-alat memancing.
iv) Profail ikan (nama tempatan)
v) Gambar kenangan setiap pemancing.
vi) Brunei Fishing Forum (Ruangan yang terbaru didalam Brunei fishing.com)
Untuk para peminat pancing berkomunikasi serta berkongsi pengalaman didalam hal dunia memancing kita.
Oleh itu, kalau ada sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman,teknik memancing dan apa saja hal pancing memancing dinegara kita.Bagi section snap shot kaki pancing sila email gambar tangkapan awda,nama (samaran pun boleh),sertakan serba sedikit cerita mengenai gambar tersebut kepada: bruneifishing@gmail.com. Maju terus sukan atau hobby memancing anda.