Weather forecast
Khazanah ilmu memancing kita
Kepada teman pemancing semua hantaran cerita2 pendek trip memancing anda, info pengunaan alat2 penangkapan ikan seperti bubu,bintur,rambat dan sebagainya adalah dialu2kan bersama gambar sipenangkapnya kepada editor.Sama2 lah kita akan mendapat menafaatnya jua dengan memperkenalkannya kepada generasi baru. Email: bruneifishing@gmail.com
Album Bruneifishing.
Friday 30 November 2012
Bekalang,Ungah,Selunsung
Nama:FAT boy angler
Sudah lama inda beraksi atas sebab tertentu kini sudah kembali dengan hasil bekalang seberat 2.5kg
Hari kedua mengasting kawasan kb town 1st strike mj seberat 900gram n selunjsung seberat 3kg
B.Fishing: Syabas teman pancing.
Sudah lama inda beraksi atas sebab tertentu kini sudah kembali dengan hasil bekalang seberat 2.5kg
Hari kedua mengasting kawasan kb town 1st strike mj seberat 900gram n selunjsung seberat 3kg
B.Fishing: Syabas teman pancing.
Mangrove jack lumut (shimano crew anglers)
Nama:AK Putera 219
Tangkapan:Mangrove jack lumut
Rod shimano basterra n horizon surfgame
Braded line 30lbs n leader 20lbs trillineFriday 16 November 2012
Drop-off trips
Pada awalnya cuaca sangat baik dan aluanan ombak laut sedap mata memandang. Namun setelah beberapa jam dalam perjalanan cuaca berubah hujan mula turun dgn lebatnya. Nasib baik gelora laut tidak menjejaskan perjalanan kami.
Hasil tangkapan teman pertama sesudah kita tiba ditempat yang dituju.
Kedatangan sekumpulan ikan tungkul amat menyeronokkan lagi suasana. Teman ada yang merunggut akan kehilangan jig-jig kesayangan akibat putus penangan gigi ikan tungkul. Yang pasti pekikan kegembiraan menaikkan ikan saling berganti diantara teman seperjalanan kali ini.
Suasana pagi ditengah laut...sunggguh tenang mata memandang jauh dari kesibukan bandar dan bunyi bising. Aktiviti memancing adalah aktiviti yang menguji kesabaran,menenang kan fikiran dari rutin kerja seharian dan merapatkan hubungan keakraban sesama teman pemancing.
Ini lah sebahagian hasil tangkapan yang diperolehi. Kepuasan memancing bukan hanya terletak pada hasil tangkapan saja bah ia nya meliputi dari proses persiapan, penyediaan kelengkapan dan detik pergi dan balik perjalananan yang akan menjadi perbualan sesama kaki pancing nanti.
Monday 12 November 2012
DOMAIN ERROR !!!
Salam muhibbah,
Terlebih dahulu kami mohon maaf diatas masalah domain dalam beberapa hari kebelakangan ini diatas sebab2 tertentu. Serba sedikit ia telah menjejaskan rakan2 pancing kita yang setia ingin berkongsi cerita tangkapan mau pun hanya sekadar melawat web ini.
Tahniah kepada rakan pancing Brunei serta luar negara yang memberi sokongan kepada blog ini. Kerana anda ia nya masih bertahan sejak kelahirannya pada Februari 2007. Saya ingin melihat dan berharap sukan ini akan dapat bertapak sampai bila2 pun di negara kita demi memupuk Perpaduan sehati Keluarga Pemancing tak kira dari negara mana pun kehadirannya.
Sekali lagi Saya bagi pihak BLOG ini
mengucapkan ribuan terimakasih kepada rakan yang masih tidak putus2 menyokong
menghantar gambar, memberi informasi serta pembaca yang setia melayari nya.
MAJU SUKAN PANCING NEGARA KITA
Editor B.Fishing
Wednesday 7 November 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)