



PRECIOUS II
Membawa balik ikan yang diperlukan sahaja untuk menghormati kehidupan laut.





#Interested in this reels you can contact me at rizani3991@gmail.com
Rod : Shino jig rod
Location : Drop Off
Date : 26 April 2009
Time : morning to late afternoon
Story : Trip yang memuaskan hati, selain daripada gambar Rubi dan Kurisi bali, perolehan termasuk awat-awat, pisang emas, sindumin dan kurapu tiger di mana gambarnya tidakdi tunjukkan pada kali ini. Berat rubi dan kurisi bali adalah lebih kurang 3 Kg seekor. Selain itu trip kali ini tujuannya adalah untuk mencoba reel baru itu dan terbukti amat mantap dan pembelian yang berbaloi pada harga yang berpatutan. Nda jua salah di anggap “tagap nya macam kereta kebal” menaikkan rubi 3 kg. dengan lancarnya pada kedalaman air 530 kaki.
Selamat datang ke laman Web Brunei Fishing dan salam perkenalan diucapkan kepada kaki joran atau kaki pancing Brunei. Tujuan utama laman ini adalah sebagai tempat berkongsi pengalaman dan ilmu pegetahuan dalam bidang memancing sama ada di sungai,kolam,tasik ataupun dilaut dalam negara ini.Disini juga akan memaparkan teknik ,cerita hasil tangkapan, melawat kedai menjual alat2 panching dan sebagainya.Oleh itu, diharap awda yang bergelar kaki pancing diharap dapat berkongsi pengalaman serta terus menyokong laman web ini.Kami akan sentiasa majukan laman web ini sebagai tempat rujukan kepada semua kaki pancing yang ada di Negara Brunei Darussalam ini. Berikut ialah beberapa perancangan yang ingin di sampaikan kepada semua;
(i)Senarai tempat-tempat memancing berserta gambar dan senarai ikan yang pernah dinaikan
ii) Maklumat kedai-kedai pancing yang ada di Negara Brunei Darussalam
iii) Maklumat alat-alat memancing.
iv) Profail ikan (nama tempatan)
v) Gambar kenangan setiap pemancing.
vi) Brunei Fishing Forum (Ruangan yang terbaru didalam Brunei fishing.com)
Untuk para peminat pancing berkomunikasi serta berkongsi pengalaman didalam hal dunia memancing kita.
Oleh itu, kalau ada sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman,teknik memancing dan apa saja hal pancing memancing dinegara kita.Bagi section snap shot kaki pancing sila email gambar tangkapan awda,nama (samaran pun boleh),sertakan serba sedikit cerita mengenai gambar tersebut kepada: bruneifishing@gmail.com. Maju terus sukan atau hobby memancing anda.