
Assalamualaikum semua,dua minggu sudah merancang kan turun kali ani baru tah sampai. Turun jam 6.00ptg sungkai di perahu, nyaman jua sungkai di perahu atu. Habis makan merambat udang untuk umpan. Banyak jua dapat, mun di jual labih jua $20.00. Habis merambat tarus ke pulau baru-baru, tapi inda banya makan, 2 ekor saja.

Pindah ke muara, Jam 1.00 pagi sampai. Mula tah kami melaboh kail. dapat kerapu indah batah, dapat bebarahan 1.5kg dalam 5 minit naik lagi bebarahan 1.6 kg. Baik jua dapat 2 ekor kalau inda paksa bahagi 2 tu.rezaki jua banar, tarus tah kami sana saja.

Kul 3.00 pagi Sahur lapas atu rehat. Jam 5 pagi ke pilong rock, tapi inda makan, kerapu takat saja. masuk semula ke muara baru tah belurih lagi, tapi inda besar, baik jua. Kul 12.30 t.hari balik tah kami.Syukur tah dapat bebarahan besar seekor seorang.
Nama: Upin dan Ipin
Lokasi: Muara putus
Teknik: Mengail Biasa/bottom
Tangkapan : Bebarahan 1.5kg dan 16kg, Kerapu, Andoping dan lain-lain lagi.
Tarikh: 20-21/8/2011
Jam: 6.00 ptg hingga 1.30 ptg esoknya
Terima kasih kepada pembaca bruneifishing dan terima kasih kepada isteri kerana membatakan makanan nyaman kali ah. Dan di ucapkan kepada semua kaki pancing selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat bepuasa. Wassalam.