Weather forecast
Khazanah ilmu memancing kita
Kepada teman pemancing semua hantaran cerita2 pendek trip memancing anda, info pengunaan alat2 penangkapan ikan seperti bubu,bintur,rambat dan sebagainya adalah dialu2kan bersama gambar sipenangkapnya kepada editor.Sama2 lah kita akan mendapat menafaatnya jua dengan memperkenalkannya kepada generasi baru. Email: bruneifishing@gmail.com
Album Bruneifishing.
Thursday 29 March 2007
Wednesday 28 March 2007
DEEPBLUE FISHING SHOP
Bagi peminat kekili Banax, Toman, Penn, Cobra, Pioneer dan Shakeshere disini boleh anda memperolehinya. Kerosakan joran, kekili serta memelihara pulih antara khidmat yang anda boleh dapati disini tambah Mrs Shirley.
Blok B, Unit 25, Ground floor,
Serusop Complex, Kg. Delima Satu,
Jalan Muara, Brunei Darussalam.
Atau pun anda bolehlah menghubungi terus ke talian ini: 234 2369 . Kepada teman teman pemancing akhir kata sebelum berundur diri dan jumpa di review akan datang “ Maju hobi pancing kita”
Catch report
Tuesday 27 March 2007
The jep dengan hasilnya
Monday 26 March 2007
Ikan Basong
Sunday 25 March 2007
GL Extra Enterprise (Review no:3)
Ketika saya masuk kedai ini Mr.Daniel salah seorang pembantu pengurus kedai ini sedang sibuk melayan pembeli. Setelah mendapat tahu kehadiran saya beliau dengan senyum terus berjumpa saya dan senang hati membawa ketempat tempat ruangan peralatan yang dijual.Antara maksud saya peralatan2 yang digunakan untuk memancing ialah GPS iaitu sistem peralatan maklumat penandaan tempat yang mengunakan satelit dari Garmin, Fishfinder salah satu sistem pencari ikan dasar laut mengunakan sistem bunyi, peralatan peti menyimpanan ikan dari Coleman, khemah, beg alas tidur dan bermacam-macam lagi peralatan lain outdoor yang didatangkan dari luar negeri.
Menurut Mr Daniel lagi pembeli boleh mendapat harga yang menarik kerana diantara peralatan-peralatan ini mempunyai harga diskaun sebanyak 5% hingga 8%. Saya dapat perhatikan bermacam jenis peti penyimpanan ikan buatan Coleman disusun rapi disuatu ruangan kedai dan dipahami pembeli juga boleh memilih dari catalog yang telah disediakan jika perlu.
GPS (global positioning system) seperti E trex personal navigator, Fore runner 101, Fore trex 101 wearable personal navigator adalah alat-alat canggih antara yang ada dijual disini untuk memaximakan keberhasilan menangkap ikan serta menjejaki kembali kawasan lubuk-lubuk ikan yang telah didatangi pada masim lalu secara persendirian atau komersil.
Bagi yang meminati memancing dikawasan tepi pantai atau sungai peralatan kerusi mudah alih, kayak serta pendayung, khemah bermacam saiz, lampu , beg dan beg alas tidur mudah didapati disini. Yang berminat atau sedang mencari peralatan peralatan yang dimaksudkan silalah berkunjung kealamat dibawah:
GL Extra Enterprise
11,12 & 13 ground floor,Blk A,
Bangunan Hj Abd Rahman, Kiulap complex,
Bandar Seri Begawan.
Biar kaki Pancing jangan Kaki Dadah. Sampai jumpa lagi.
Saturday 24 March 2007
Ikan Tamban
Gambar diatas ini adalah ikan Aur-aur yang dikenali sebagai ikan Tamban Bagol dinegara kita. Selain dimakan ikan ini sering digunakan sebagai umpan untuk mendapatkan ikan-ikan besar separti ikan merah, kerisi bali dan lain2 lagi ikan dasar laut dalam. Untuk mengunakan nya ikan
ini dipotong kecil atau dihiris (belah dua) lalu dicangkuk kemata kail.
Thursday 22 March 2007
Yes fish 'on'
YBT Trading Company (Review no:2)
Terdapat berbagai jenis peralatan-peralatan pancing yang terdapat disini seperti joran, kekili, rambat dan pukat (fish net) yang berlainan jenis. Susunan joran yang dijual kelihatan tersusun rapi mengikut jenis keluaran seperti Lemax, Ugly stick,Toman, Shakespeare, Penn sehingga dari kegunaan pancingan laut dan juga untuk kegunaan memancing udang. Maklumlah Bandar Tutong ini terletak berhampiran dengan Sungai Tutong yang popular dengan udang galah yang besar-besar. Ketka musim udang tiba kita boleh menyaksikan kaki pancing udang galah bersusun di Sungai Tutong yang berdepanan dengan kedai lamanya.
Wednesday 21 March 2007
Red snapper
Sunday 18 March 2007
Blue Merline Tackle Trading (Review no:1)
Kedai pertama yang dilawat kali ini ialah 'Blue Merline Tackle Trading'. Sebelum saya tiba dikedai ini terlebih dahulu saya meminta kebenaran dari empunya kedai melalui telepon akan maksud kedatangan saya. Saya disambut mesra oleh Puan Yong isteri kepada pemilik kedai ini, ketika ditemu bual beliau dengan ramahnya menerangkan bahawa kedainya ini beroperasi sejak tiga tahun yang lalu. Disini terdapat banyak perkakas dan pelbagai peralatan pancing seperti rod, kekili ,batu landung, umpan jig dan tali pancing berlainan saiz serta berlainan jenama. Jenama yang terdapat disini adalah seperti Figo, Lemax, Daiwa, Shimano, Rapalla, Okama dan sebagainya. Menurut beliau lagi pengunjung akan mendapat diskaun membeli sebanyak 10%-15% tetapi ini tertakluk kepada barangan yang terpilih sahaja. Antara khidmat lain yang ada disini adalah khidmat pembaiki pulih joran yang patah dan menganti rings. Disini saya berkesempatan melihat beberapa joran yang sudah siap dibaiki pulih atau pengubahsuaian dan hasil sungguh memuaskan. Tambah beliau lagi, sekiranya pengujung ingin berkunjung beliau mempunyai dua orang pembantu yang sedia memberi informasi mengenai barangan yang terdapat disini.Walaupun keluasan kedai ini sederhana tetapi barangannya kelihatan tersusun rapi mengikut jenama dan jenisnya. Sesiapa ingin berkunjung silalah datang ke alamat seperti bawah ini:
Blue Merline Tackle Trading
Bagunan AWG Hj Metusin B. Awg Omar,
Lot 1178, spg 1542,Unit 6, F1 Ground floor ,
Kg. sengkurong, Daerah Brunei Muara.
Segala pertanyaan mengenai kedai ini awda boleh menghubungi terus ke talian : 2660400.
Bagi lawatan kekedai yang lain pula tunggu keluarannya disini.
Saturday 17 March 2007
Ikan Lapih perairan seria
Happy moment of Alex when he managed to catch as soon as the bait lower down to the bottom of the sea at Ampa patches area.
Dua merah sekali naik
Kegembiraan dimuka apa bila mendapat hasil yang diperolehi. Berbaloi bila mendapat kemurahan rezeki hari ini. Dua ikan ikan ini dinaikkan oleh hj Ashar dengan teknik pancingan dasar di kawasan perairan laut tutong kira-kira 30km dari pantai mengunakan boat persendirian.
Nama: Hj.Ashar
Hasil tangkapan:Membangan dan kerapu
Berat: 900g
Lokasi:Ampa Patches
Teknik: pancingan dasar (bottom fishing)
Umpan: ikan Basong (Basong fish fillet)
Pengantaran merah tewas
Friday 16 March 2007
Jerudong fresh market
Gambar ini menunjukkan activiti seharian para nelayan yang baru pulang menangkap ikan dari laut. Pengkalan pendaratan ini terletak diPantai Jerudong. Hasil yang diperolehi terus mereka pasarkan dipasar yang telah dibina berdekatan dengannya. Para pengujung akan merasa puas kerana hasil ikan,udang,sotong dan sebagainya masih segar dengan harga yang berpatutan. Dipasar jerudong ini kita dapat menyaksikan orang ramai datang silih berganti sambil tawar menawar terutama disebelah petang. Bagi yang belum pernah kesini anda berkunjunglah dan mencoba mendapatkan hasil tangkapan laut yang segar.
Tuesday 13 March 2007
Serasa Beach
Saturday 10 March 2007
Brunei Trenches Memory
Keseronokan mendapat ikan yang diharapkan memang berbaloi bagi perjalanan memancing kami ke Brunei Trenches. Perjalanan yang memakan masa selama 10 jam itu tidak terasa dengan keberhasilan teknik tundaan anak ikan (trolling) yang memikat ikan Tuna disepanjang perjalanan ini. Meskipun ditempat yang dituju cuaca serta alunan yang tinggi tidak menyenangkan namun semua itu hilang setelah satu demi satu pancing kami dirangut ikan. Kami memulakan dengan teknik memancing dasar laut kerana tempat ini popular degan tenik pancingan ini. Rakan saya Paul dan Gary mendapat habuan besar mereka pada keesokan harinya. Kerapu yang mencecah 7Kg tewas hanya dengan pancingan dasar yang mengunakan tali pelembut yang halus.