Khazanah ilmu memancing kita


Kepada teman pemancing semua hantaran cerita2 pendek trip memancing anda, info pengunaan alat2 penangkapan ikan seperti bubu,bintur,rambat dan sebagainya adalah dialu2kan bersama gambar sipenangkapnya kepada editor.Sama2 lah kita akan mendapat menafaatnya jua dengan memperkenalkannya kepada generasi baru. Email: bruneifishing@gmail.com


Album Bruneifishing.

Wednesday 28 March 2007

DEEPBLUE FISHING SHOP

Berjumpa kita pada kali ini Brunei Fishing membawa awda kesebuah kedai menjual alatan pancing terletak di Serusop Komplex. Kedai ini baru ditubuhkan beberapa bulan yang lepas iaitu pada bulan November tahun 2006. Kedai yang dimaksudkan ialah DEEPBLUE FISHING kepunyaan Mrs Shirley Liew. Bagi yang minat hobi atau sukan memancing dikawasan yang berdekatan, kedai ini menawarkan harga yang amat berpatutan.
Meski pun baru kedainya ini mempunyai berbagai alatan serta keperluan memancing yang dikatakan serba ada. Ketika saya temui orangnya cukup ramah dan dengan senang hati mempelawa masuk sambil menerangkan satu persatu peralatan yang ada dikedainya itu. Terdapat berbagai jenis joran yang berdiri dirak-rak jualan mengikut jenis serta kekuatan mengikut cita rasa sesaorang. Antaranya ialah Lemax, Figo, Shimano, Ugly stick dan Toman. Mengikutnya lagi kebanyakan peralatan ini didatangi dari negara jiran Singapore dan Malaysia.







Bagi peminat kekili Banax, Toman, Penn, Cobra, Pioneer dan Shakeshere disini boleh anda memperolehinya. Kerosakan joran, kekili serta memelihara pulih antara khidmat yang anda boleh dapati disini tambah Mrs Shirley.

Selain itu kedai ini juga ada menjual alat alat canggih seperti fish finder, GPS dan sehingga peralatan camping pun boleh didapati disini. Yang minat jigging pula anda boleh berkunjung disini kerana bermacam jenis bentuk serta warna jig yang dipamerkan. Mungkin anda mau menambah koleksi jig antaranya adalah keluaran White Rabbit, Pioneer, Sure catch, Eu pro, Strike Pro dan Stump Jumper.
Disudut sebelah belakang tersusun berjenis jenis tali pancing dengan ketahanan renjatan yang berbeza mengikut selera pemancing sehingga dari tali utama ‘leader’ sehingga tali pelembut. Pioneer, Sufix, Pro tect dan Lemax antara jenama yang dijual.Disudut yang lain kita dapat diperhatikan galleri gambar tangkapan ikan dari pelanggan setia kedai ini.
Para pelanggan kedai ini akan mendapat potongan harga sebanyak 5%-10% diskaun tertakluk kepada barangan yang tertentu mengikut penjelasan dari Mrs Shirley lagi. Anda bolehlah melawat kekedai ini seperti alamat dibawah:

Blok B, Unit 25, Ground floor,
Serusop Complex, Kg. Delima Satu,
Jalan Muara, Brunei Darussalam.
Atau pun anda bolehlah menghubungi terus ke talian ini: 234 2369 . Kepada teman teman pemancing akhir kata sebelum berundur diri dan jumpa di review akan datang “ Maju hobi pancing kita”

No comments: