Ketika saya masuk kedai ini Mr.Daniel salah seorang pembantu pengurus kedai ini sedang sibuk melayan pembeli. Setelah mendapat tahu kehadiran saya beliau dengan senyum terus berjumpa saya dan senang hati membawa ketempat tempat ruangan peralatan yang dijual.Antara maksud saya peralatan2 yang digunakan untuk memancing ialah GPS iaitu sistem peralatan maklumat penandaan tempat yang mengunakan satelit dari Garmin, Fishfinder salah satu sistem pencari ikan dasar laut mengunakan sistem bunyi, peralatan peti menyimpanan ikan dari Coleman, khemah, beg alas tidur dan bermacam-macam lagi peralatan lain outdoor yang didatangkan dari luar negeri.
Menurut Mr Daniel lagi pembeli boleh mendapat harga yang menarik kerana diantara peralatan-peralatan ini mempunyai harga diskaun sebanyak 5% hingga 8%. Saya dapat perhatikan bermacam jenis peti penyimpanan ikan buatan Coleman disusun rapi disuatu ruangan kedai dan dipahami pembeli juga boleh memilih dari catalog yang telah disediakan jika perlu.
GPS (global positioning system) seperti E trex personal navigator, Fore runner 101, Fore trex 101 wearable personal navigator adalah alat-alat canggih antara yang ada dijual disini untuk memaximakan keberhasilan menangkap ikan serta menjejaki kembali kawasan lubuk-lubuk ikan yang telah didatangi pada masim lalu secara persendirian atau komersil.
Bagi yang meminati memancing dikawasan tepi pantai atau sungai peralatan kerusi mudah alih, kayak serta pendayung, khemah bermacam saiz, lampu , beg dan beg alas tidur mudah didapati disini. Yang berminat atau sedang mencari peralatan peralatan yang dimaksudkan silalah berkunjung kealamat dibawah:
GL Extra Enterprise
11,12 & 13 ground floor,Blk A,
Bangunan Hj Abd Rahman, Kiulap complex,
Bandar Seri Begawan.
Biar kaki Pancing jangan Kaki Dadah. Sampai jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment