
Keseronokan mendapat ikan yang diharapkan memang berbaloi bagi perjalanan memancing kami ke Brunei Trenches. Perjalanan yang memakan masa selama 10 jam itu tidak terasa dengan keberhasilan teknik tundaan anak ikan (trolling) yang memikat ikan Tuna disepanjang perjalanan ini. Meskipun ditempat yang dituju cuaca serta alunan yang tinggi tidak menyenangkan namun semua itu hilang setelah satu demi satu pancing kami dirangut ikan. Kami memulakan dengan teknik memancing dasar laut kerana tempat ini popular degan tenik pancingan ini. Rakan saya Paul dan Gary mendapat habuan besar mereka pada keesokan harinya. Kerapu yang mencecah 7Kg tewas hanya dengan pancingan dasar yang mengunakan tali pelembut yang halus.
No comments:
Post a Comment