Khazanah ilmu memancing kita


Kepada teman pemancing semua hantaran cerita2 pendek trip memancing anda, info pengunaan alat2 penangkapan ikan seperti bubu,bintur,rambat dan sebagainya adalah dialu2kan bersama gambar sipenangkapnya kepada editor.Sama2 lah kita akan mendapat menafaatnya jua dengan memperkenalkannya kepada generasi baru. Email: bruneifishing@gmail.com


Album Bruneifishing.

Thursday 22 March 2007

YBT Trading Company (Review no:2)

Kali ini Brunei Fishing melawat kedai menjual alatan pancing di Daerah Tutong pula iaitu YBT Trading Company yang terletak di Bandar Tutong. Kedai pancing ini cukup popular dan namanya sudah sinonim bagi kaki kaki pancing dan nelayan penduduk daerah ini. Ia nya beroperasi kira kira sejak 15 tahun yang lalu dan dipunyai oleh seorang cukup mahir dalam hal pancing memancing iaitu Yeo Boon Teck atau pangilan mesra Ah teck. Sebut saja nama si tuan punya kedai, kaki kaki pancing daerah ini cukup mengenali beliau kerana keramahan dan suka bercerita akan pengalaman beliau semasa dilaut. Bagi pelangan yang baru berjinak-jinak menjadi kaki pancing beliau boleh memberi khidmat tunjuk ajar dari segi peralatan yang mana sesuai untuk digunakan.

Terdapat berbagai jenis peralatan-peralatan pancing yang terdapat disini seperti joran, kekili, rambat dan pukat (fish net) yang berlainan jenis. Susunan joran yang dijual kelihatan tersusun rapi mengikut jenis keluaran seperti Lemax, Ugly stick,Toman, Shakespeare, Penn sehingga dari kegunaan pancingan laut dan juga untuk kegunaan memancing udang. Maklumlah Bandar Tutong ini terletak berhampiran dengan Sungai Tutong yang popular dengan udang galah yang besar-besar. Ketka musim udang tiba kita boleh menyaksikan kaki pancing udang galah bersusun di Sungai Tutong yang berdepanan dengan kedai lamanya.
Kekili yang dipamerkan disini adalah terdiri dari Penn, Shimano, Daiwa, Shakespeare dan Toman. Jenis jenis tali serta permata pancing pula terdiri dari Mustad,Fire eagle,Pro Tech dan VMC. Bagi yang minat pancingan jigging disini juga boleh didapati.


Apa bila diajukan pertanyaan mengenai dengan harga beliau akan memberi potongan harga yang menarik dari 10-30% pada hari biasa dan mencapai 50% pada musim jualan murah. Kalau anda berminat sila datang melawat kekedai ini.


Sampai jumpa lagi dikeluaran review yang akan datang. Bagi pihak Brunei Fishing selamat memancing dan berhati-hati selalu ...

No comments: