
Kedai pertama yang dilawat kali ini ialah 'Blue Merline Tackle Trading'. Sebelum saya tiba dikedai ini terlebih dahulu saya meminta kebenaran dari empunya kedai melalui telepon akan maksud kedatangan saya. Saya disambut mesra oleh Puan Yong isteri kepada pemilik kedai ini, ketika ditemu bual beliau dengan ramahnya menerangkan bahawa kedainya ini beroperasi sejak tiga tahun yang lalu. Disini terdapat banyak perkakas dan pelbagai peralatan pancing seperti rod, kekili ,batu landung, umpan jig dan tali pancing berlainan saiz serta berlainan jenama. Jenama yang terdapat disini adalah seperti Figo, Lemax, Daiwa, Shimano, Rapalla, Okama dan sebagainya.

Blue Merline Tackle Trading
Bagunan AWG Hj Metusin B. Awg Omar,
Lot 1178, spg 1542,Unit 6, F1 Ground floor ,
Kg. sengkurong, Daerah Brunei Muara.
Segala pertanyaan mengenai kedai ini awda boleh menghubungi terus ke talian : 2660400.
Bagi lawatan kekedai yang lain pula tunggu keluarannya disini.
No comments:
Post a Comment