

and Dayat (DYT7) cannot come on the prize presentation day.
Membawa balik ikan yang diperlukan sahaja untuk menghormati kehidupan laut.
Pada 5.1.2008 trip kami kali ini di rancang secara mendadak oleh saya sendiri sampaikan hanya 2 orang kami saja yg dapat memancing di sangkar ikan milik Hj Zainal Abidin di Tanjung Pelumpong Muara.Tepat jam 6 ptg kami di sambut oleh Hj Zainal Abdidin dan juga pekerjanya dgn bot di penurunan perahu bersebelahan dgn Polis Marine Muara dan setibanya kami di sangkar ikan beliau, kami di layan dgn begitu mesra oleh Hj Zainal dan beliau menerangkan apa yg patut di buat ketika berada di sana.Selepas itu kami pun mula untuk memasang peralatan masing2 dgn berumpankan udang hidup yg kami bawa.Selain dari umpan udang hidup yg kami bawa pekerjanya juga ada mendapatkan umpan hidup lain dgn menggunakan rambat (tertakluk kalau ada ikan kirang2 atau aur2 yg hendak di jadikan umpan).Setelah melabuhkan pancing memang ada sentapan ikan hasilnya seekor Umpak dan bermacam2 lagi ikan yg kami naikkan seperti Bebarahan,Kerapu ,Pisang2 dan Pila2.Jam menunjukkan 11 mlm cuaca ketika itu berangin dan hujan lebat mula turun kami di arahkan oleh Hj Zainal supaya berteduh dahulu dalam masa setengah jam hujan pun mula beransur teduh dan kami pun beraksi semula namun tiada hasilnya mungkin di sebabkan hujan lebat hinggalah subuh jam 4 pgi rakan saya Saiful menaikkan seekor kerapu beratnya 1.2 kg ,memang kerap sentapan kuat tetapi nasib tidak menyebelahi kami.Jam 10 pgi kami pun mula berkemas hendak pulang walaupun sewa $20 seorang namun kami tetap berpuas hati dgn hasil yg di perolehi hampir 5 kg dan layanan yg di beri dan juga kemudahan yg terdapat di sana seperti tempat bilik tidor, tandas, dapor selain dari itu kita juga dpt melihat ikan2 yg di pelihara seperti Selunsong,bemasa,ikan merah,belais,kerapu,bekalang dan bermacam lagi jenis ikan.Saya di beritahu bahawa selunsong beliau beratnya mencecah 20kg wow alangkah siuknya bertarung dengan ikan bersaiz MEGA…..
Kami merancang akan datang lagi ketempat beliau jika ada peluang, harap trip kali ini akan dpt hasil yg membrangsangkan lagi.
Sesiapa yg berminat memancing Di Sangkar Tanjung Pelumpong sila hubungi Hj Zainal Abidin 8737247
Ini berita baik untuk rakan pemancing sekelian yang dikirimkan oleh salah seorang rakan kita bahawa Cabaran Panching 2008 di Kampong Sungai Matan akan di adakan pada 10 Feb 2008 8am hingga 5pm. Borang bolehlah di dapati di Rumah Ketua Kampong Sungai Matan. Cabaran Panching ini adalah anjuran Majlis Perundingan Kampong Sungai Matan dan ianya adalah kali ke 4 ianya di adakan. Banyak hadiah yang akan menanti awda.
Ketua Kampong Sungai Matan: 8893061
Pg.Yunus: 8656858
Hj Ishak: 8843710
Pg Azmanishah: 8738446
Event : INTERNATIONAL GAME FISHING TOURNAMENT (IGFA REGULATED)
Date : 22 - 27 April 2008
Venue : Labuan - Pulau Layang-layang - Labuan
This pretigious deep sea fishing tournament in the Asian region is part of Rolex/IGFA Offshore Championship qualifying round also offers the biggest price money in the region. The winning team will qualify to participate in the finals of the Rolex/IGFA Offshore Championship held either in Mexico or Hawaii.
Organiser: Labuan Corporation, Labuan Tourism Action Council
Tel: 087-408600 / 422622
Fax: 087-419622P/s: Nantikan Blog Kami nanti '' Hardcore Pemajalers... '' memajal di seluruh rantau, mahupun didalam negeri, atau pun di negara jiran ( Short Trip, so mana2 orang kan join sama2 memajal, buleh di atur tu hehe), blog ini akan di penuhi dengan creta2, tips2, gambar rakan2 seperjuangan yang baru kenal dan location2 tempat yang boleh di kongsikan bersama.,Insyallah nanti tah kami membuka link arah B.Fishing...'' Selamat Tahun Baru Hijrah Kepada Semua Rakan2 Kaki Joran ''
B.Fishing: Terima Kasih..Ini semua Adalah sokongan awda semua..
Bagi seksyen forum pulak pada asalnya hanya dipelopori oleh member Brunei Fishing sahaja dahulu dan kini kemajuannya dapat kita saksikan dimana ahli forumnya telah mencecah lebih 75 orang dan sentiasa bertambah. Tahniah kepada ahlinya yang aktif menghidupkan ruangan ini. Ruangan ini sebenarnya memberi peluang kepada ahlinya mengenali lebih mendalam akan hal dunia pancing-memancing serta saling bertukar pendapat mengenai cara, teknik terbaru dalam dunia pancing. Kini ianya bukan saja terbatas kepada ahli dari tanah air Brunei malah ianya juga telah mendapat sambutan hangat dari teman pemancing kita dari negara jiran iaitu Malaysia.
Dikesempatan ini sekali lagi kami Brunei fishing Team mengucapkan sebesar-besarnya tanda penghargaan terima kasih kepada kumpulan2 pemancing seperti SWAT, SCO ANGLERZ TEAM, FISH BUSTER CREW, LUMUT ANGLERZ, GT DAIWA, FISHING KANTOI TEAM, Geng Hardcore Pemajalers, X ANGLERZ dan perseorangan -Selunsong, Barra Hunter, Mirez, SWAT 6 (tak habis kalau disebut semua pengirimnya/maaf yang tak tertulis disini) yang selama ini yang tak putus-putus menyokong, mengundi dan memberi sumbangan artikel kepada kami. Tak lupa juga terima kasih kepada Mona Rahman yang mencalon blog ini kedalam Brunei's best lifestyle blog, akhirnya usaha awda dan yang telah mengundi menjadi kenyataan. Tidak lupa kepada 4 calon sama dalam ketegori ini tahniah kerana awda semua juga adalah antara yang terbaik dalam BRUNEI'S BEST LIFESTYLE BLOG.
Editor
Brunei Fishing
In response to the recent theft of a navigation light from the KB break water, as well as the dangers of the uneven slippery rocks and the risk of being swept off, the KB breakwater has been declared a prohibited area.
Masters of all vessels operating into KB are requested to report sightings of fishermen and other people on the KB breakwater, as well as any suspicious action by people in boats, to BSP-3, who will in turn contact the authorities. .
Selamat datang ke laman Web Brunei Fishing dan salam perkenalan diucapkan kepada kaki joran atau kaki pancing Brunei. Tujuan utama laman ini adalah sebagai tempat berkongsi pengalaman dan ilmu pegetahuan dalam bidang memancing sama ada di sungai,kolam,tasik ataupun dilaut dalam negara ini.Disini juga akan memaparkan teknik ,cerita hasil tangkapan, melawat kedai menjual alat2 panching dan sebagainya.Oleh itu, diharap awda yang bergelar kaki pancing diharap dapat berkongsi pengalaman serta terus menyokong laman web ini.Kami akan sentiasa majukan laman web ini sebagai tempat rujukan kepada semua kaki pancing yang ada di Negara Brunei Darussalam ini. Berikut ialah beberapa perancangan yang ingin di sampaikan kepada semua;
(i)Senarai tempat-tempat memancing berserta gambar dan senarai ikan yang pernah dinaikan
ii) Maklumat kedai-kedai pancing yang ada di Negara Brunei Darussalam
iii) Maklumat alat-alat memancing.
iv) Profail ikan (nama tempatan)
v) Gambar kenangan setiap pemancing.
vi) Brunei Fishing Forum (Ruangan yang terbaru didalam Brunei fishing.com)
Untuk para peminat pancing berkomunikasi serta berkongsi pengalaman didalam hal dunia memancing kita.
Oleh itu, kalau ada sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman,teknik memancing dan apa saja hal pancing memancing dinegara kita.Bagi section snap shot kaki pancing sila email gambar tangkapan awda,nama (samaran pun boleh),sertakan serba sedikit cerita mengenai gambar tersebut kepada: bruneifishing@gmail.com. Maju terus sukan atau hobby memancing anda.