Hari sudah gelap, ketika mula hendak berkemas pulang kehadiran tiga anak muda berhampiran mencuri pandangan saya. Ketika mereka menghayun joran selepas dipasang umpan kedengaran deruan bunyi seperti hembatan bola golf. Suara inilah yang mengasyikkan bagi kaki kai pemancing. Dengan memberi salam saya menghampiri mereka untuk mengetahui ikan yang mereka perolehi sebelumnya. Menurut Ariffen malam sebelumnya mereka memperolehi spesies ikan putih sebesar susunan 8 anak jari dan juga ikan Tetambak. Umpan yang digunakan ialah anak udang Siar hidup. Dia berserta rakannya Amali dan Zaim mencuba nasib malam ini lagi. Sebelum pulang saya sempat melihat hasil2 tangkapan sebelumnya dari telepon bimbit salah seorang dari mereka.B.Fishing: Maaf jika tersalah ejaan pada nama. Diharap tiga sekawan akan dapat berkongsi gambar tangkapan kepada kita semua.






























No comments:
Post a Comment