Khazanah ilmu memancing kita


Kepada teman pemancing semua hantaran cerita2 pendek trip memancing anda, info pengunaan alat2 penangkapan ikan seperti bubu,bintur,rambat dan sebagainya adalah dialu2kan bersama gambar sipenangkapnya kepada editor.Sama2 lah kita akan mendapat menafaatnya jua dengan memperkenalkannya kepada generasi baru. Email: bruneifishing@gmail.com


Album Bruneifishing.

Monday 23 April 2007

Ungah Mengamuk Lagi

Nama:Azlan
Tangkapan:Ungah 1.3 kg
Tarikh: 22.4.2007
Jam: 1700
Teknik: Casting(Rapala Black Readhead)
Joran: Rapala(Medium Action)
Kekili: Shimano Biomaster 3000
Lokasi: Kg Danau Telisai,Tutong.

Message:
Hujan mahu turun ketika hari minggu jam menandakan pukul 4.30 petang, saya bergegas hendak ke destinasi favorite saya iaitu Kg Danau maklumlah dah seminggu tidak casting.Ketika itu saya berada di kampung saya iaitu Kg Bukit Sibut Tutong dan bertolak dari sana dan jauhnya kira2 8 km hendak ke Kg Danau.Kira2 jam 4.45 ptg saya pun sampai lalu tidak sabar2 lagi nak beraksi.Humbanan pertama belum lagi ada sentapan hinggalah humbanan ke 3 rapala saya kena sentap tapi malangnya belum ada rezeki(terlepas).Saya mencuba lagi dan menggulung tangsi dengan perlahan2 sehingga ada sentapan kuat dan terus saya buat strike, ikan dah mengena kali ini tapi amukan ikan ini sungguh kuat bagaikan tidak mahu mengalah.Mula2 saya fikirkan alu2 sesudah ikan mula kelihatan saya terkejut rupa2nya sang ungah, sebelum ini saya juga pernah menaikkan ungah sebesar ini tapi tidak berapa kuat tarikannya sebab itu saya katakan ungah ini mengamuk.Stelah berhempas pulas kira2 1 minit barulah ungah ini letih dan terus saja saya bawa naik tanpa menggunakan penyiut.Saya mencuba lagi casting rupa2nya ada lagi yang sudi menyambar rapala saya tapi kali ini sungguh malang kerana sang ikan sempat bawa sangkut(Kena cukai oleh ikan kali) dan putus.Kira pukul 6.30 petang saya pun pulang dengan hati yang puas walaupun rapala saya kena cukai hehehe..... jumpa lagi pada cerita tangkapan akan datang Insyaallah...!

B.Fishing: Ungah mengamuk ditewaskan oleh Azlan...Tahniah

No comments: