Khazanah ilmu memancing kita


Kepada teman pemancing semua hantaran cerita2 pendek trip memancing anda, info pengunaan alat2 penangkapan ikan seperti bubu,bintur,rambat dan sebagainya adalah dialu2kan bersama gambar sipenangkapnya kepada editor.Sama2 lah kita akan mendapat menafaatnya jua dengan memperkenalkannya kepada generasi baru. Email: bruneifishing@gmail.com


Album Bruneifishing.

Monday, 30 April 2007

Trolling Berkayuh membuahkan hasil


Nama: Khairul
Tangkapan: Ungah 500grms
Teknik: Trolling(Yozuri Redhead)
Jam: 1720
Tarikh: 29.4.2007
Lokasi: Sungai Danau,Telisai

Message:
Cuaca hari minggu begitu mendung ketika itu namun saya gagahi juga merancang hendak turun kasting dengan kawan saya iaitu Khairul di Danau.Kami bertolak dari Jerudong kira2 pukul 4 ptg dan setibanya di Danau kami tanpa melengahkan masa lalu kasting.Tidak ada sentapan kali ini,lalu saya bercadang untuk menggunakan perahu kawan saya yang sudah lama di simpan di sana.Kami terpaksa berkayuh kerana enjinnya tidak ada, dalam masa berkayuh saya pun terfikir hendak mencuba menunda ala manual(berkayuh),kawan saya Khairul pun setuju dengan fikiran saya lalu kami menghulur joran masing2.Tak sia2 ikhtiar kami ini rupanya ada yang sudi menyambar yozuri Redhead milik Khairul iaitu sang Ungah.
Hari semakin gelap kami pun berkayuh balik sambil trolling mana tau ada yang sudi lagi, tapi kali ini tak ada sentapan.Kami akan mencuba lagi kaedah ini di hari lain walaupun terpaksa berkayuh tetapi hasilnya memang terbukti walaupun ketika itu air sungai tidak memberangsangkan selepas hujan.
*Belum cuba belum tahu sudah cuba baru tahu -)

1 comment:

Si*Pengapon* said...

Inda rugi bekayuh tu kawan...ada habuan baik tu...