Khazanah ilmu memancing kita


Kepada teman pemancing semua hantaran cerita2 pendek trip memancing anda, info pengunaan alat2 penangkapan ikan seperti bubu,bintur,rambat dan sebagainya adalah dialu2kan bersama gambar sipenangkapnya kepada editor.Sama2 lah kita akan mendapat menafaatnya jua dengan memperkenalkannya kepada generasi baru. Email: bruneifishing@gmail.com


Album Bruneifishing.

Wednesday 4 April 2007

Umpan Udang Hidup

Brunei Fishing kali ini meninjau aktiviti menangkap udang hidup iaitu biasanya orang kitani Brunei menamakannya ‘udang siar’ di sepanjang Sungai Brunei. Kunjungan saya kali ini adalah untuk mengetahui lebih dekat lagi mengenai penangkapan serta cara penjualan udang siar hidup ini. Kedatangan saya dengan membawa kamera mengejutkan tiga orang pengusaha yang menangkap umpan udang siar hidup ketika sedang berbual-bual sambil menunggu untuk memulakan aktiviti mereka setelah berehat. Pada mulanya mereka segan ditemu bual setelah diberitahu akan hajat saya untuk memaparkan cerita ini untuk dijadikan bahan rujukan pemancing tanah air akhirnya salah seorang dari mereka pun setuju.


Akitiviti penangkapan udang siar ini sudah menjadi sinonim dengan kawasan ini dan kita boleh saksikan aktiviti ini bermula setiap hari dari jam 7.00 mlm hingga ke tengah malam. Menurut salah seorang dari mereka aktiviti penangkapan ini lebih ramai pada malam Jumaat dan malam minggu kerana permintaan umpan udang siar hidup ini amat laris. Pada hujung minggu selalunya para kaki pancing akan turun kelaut ataupun memancing ditepi laut. Peralatan yang digunakan untuk menangkap udang siar ini adalah mengunakan rambat sahaja. Sebelum merambat tempat yang akan dirambat ditabur umpan untuk menarik minat udang siar berkumpul. Udang siar ini lazimnya dijual mengikut saiz yang diperolehi dan amat diminati adalah udang siar yang bergelar saiz ‘king’ yang harganya mencecah B$1 tiga ekor. Dibawah adalah antara harga yang mengikut saiz yang mereka tetapkan:

B$1=10-12 ekor (kecil)

B$1=5-7 ekor (sederhana)

B$1-3-4 ekor (besar ‘king’)


Kepada pemancing yang belum mengetahui dimana untuk mendapatkan bekalan umpan udang siar hidup berkunjunglah ketempat ini. Jika perlu anda boleh menempah lebih awal untuk mendapat bekalan dari mereka . Jikalau berhajat membeli udang siar hidup ini hendaklah membawa bekas simpanan sendiri berserta peralatan oxygen yang mengunakan batteri untuk umpan hidup ini tahan lama.

Dikesempatan ini saya ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi,menerangkan serba sedikit akan aktiviti penangkapan udang siar hidup pada malam itu.

No comments: