Weather forecast
Khazanah ilmu memancing kita
Kepada teman pemancing semua hantaran cerita2 pendek trip memancing anda, info pengunaan alat2 penangkapan ikan seperti bubu,bintur,rambat dan sebagainya adalah dialu2kan bersama gambar sipenangkapnya kepada editor.Sama2 lah kita akan mendapat menafaatnya jua dengan memperkenalkannya kepada generasi baru. Email: bruneifishing@gmail.com
Album Bruneifishing.
Friday 20 April 2007
Memancing menyumbang pertumbuhan ekopelancongan marin
HOBI memancing memang menyeronokkan, malah ianya membuatkan kita leka terutama ketika bertarung dengan ikan. Memancing juga satu aktiviti sukan yang mencabar dan dapat dipromosikan sebagai satu produk yang boleh menyumbang ke arah pertumbuhan ekopelancongan marin di negara ini.
Seperti yang pernah disuarakan oleh Timbalan Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdilah bin Haji Abdul Wahab baru-baru ini, aktiviti memancing ini walaupun dilaksanakan sekali-sekala sahaja, namun di negara-negara lain ianya dilakukan, secara komersial iaitu sebagai langkah kepada penarikan pelancong, di samping menjadikannya sebagai satu sumber pendapatan kepada mereka yang mengusahakannya. Dalam pada itu, ianya juga dapat memberikan peluang-peluang kepada penggemar rekreasi memancing ikan kerana perairan dan lautan di negara kita memiliki pelbagai jenis ikan.
Dipetik dari Pelita Brunei (aneka rencana): Berita penuh: Tekan sini
Ucapan di Majlis Pelancaran Rasmi Cabaran Pancing 2006 anjuran bersama Jabatan Perikanan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dengan Koperasi Jabatan Perikanan (BAKARANG) dengan Tanggungan Berhad bertempat di Pantai Seri Kenangan
Rencana oleh : Dk. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor
fatimah.noor@information.gov.bn
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment