Khazanah ilmu memancing kita


Kepada teman pemancing semua hantaran cerita2 pendek trip memancing anda, info pengunaan alat2 penangkapan ikan seperti bubu,bintur,rambat dan sebagainya adalah dialu2kan bersama gambar sipenangkapnya kepada editor.Sama2 lah kita akan mendapat menafaatnya jua dengan memperkenalkannya kepada generasi baru. Email: bruneifishing@gmail.com


Album Bruneifishing.

Tuesday 10 April 2007

Capt. Fred's Fishing Shop (Part 1)

Berjumpa kita lagi diruangan review kedai pancing kali ini Brunei Fishing membawa anda kesebuah kedai yang sudah lama bertapak dinegara kita dan dilanggani oleh ramai kaki pancing tempatan mau kaki2 pancing pro dari luar negara. Kedai yang saya maksubkan ialah Kedai pembekal alat2 pancing Kapten Fred's.

Pada mulanya saya ragu2 untuk berjumpa pengurusnya kerana saya belum membuat temu janji. Oleh kerana saya kebetulan ada urusan berdekatan dengan kedai ini, maka saya teruskan saja niat tersebut.Ketika masuk kedalam kedai ini pengurusnya Mr.Richard dengan senyum bertanya apa boleh dia bantu. Saya menerangkan bahawa saya ingin mereview kedainya ini untuk laman web Brunei Fishing. Saya amat senang hati apabila beliau telah pun mengetahui akan kewujupan laman web ini dari pelanggan yang datang kekedainya sebelum ini. Tanpa berlengah lagi Mr. Richard dengan senang hati menunjukan barangan dan menerangkan dengan terperinci sambil diselitkannya cara pengunaannya. Mr Richard adalah seorang yang ramah dan banyak pengetahuan mengenai info2 terkini mengenai aktiviti2 memancing dinegara kita.
Bagi kaki pancing yang ingin memiliki barangan produk yang berkelas tinggi untuk ketahanan maksimum anda boleh mendapatinya disini. Kelihatan di almari kaca kekili kelas tinggi Stella,Saltiga dari Shimano, kekili eletrik dan Biomaster (Daiwa) mencecah ribuan ringgit antara yang dipamerkan disitu. Selain dari itu bermacam jenama lain juga turut dijual disini.

Berjenis jenis tali sulaman dari keluaran berkley,Sufix ,Stren dan tali keluaran dari negara matahari terbit Jepun disusun rapi untuk pelanggan membuat pilihan. Menurut Mr.Richard barangan alat pancing keluaran Jepun adalah antara yang bermutu tinggi pada masa kini dalam pasaran.

Gewang dikedai ini terdapat bermacam2 pilihan boleh didapati terutama dari keluaran Rapalla, Lucky craft (Jepun),Strike Pro, Rebel dan lain2 lagi. Tidak dilupakan kepada anda yang minat menunda (throlling) barangannya mudah didapati disini.

Bahagian seksyen joran pula terdapat banyak pilihan tetapi disini saya ingin menyentuh salah satu jenama dijual iaitu Jenama XZOGA.
Kedai ini adalah ejen pembekal tunggal jenama Xzoga dinegara ini. Jenama ini timbul mengegarkan dunia pancing dengan konsep V9 dimana ianya dicipta oleh para pemancing pro untuk kegunaan tahan dari asakan ikan. Joran ini dijual tanpa rings dan penyangkut kekili ianya dipasang mengikut kehendak pemiliknya (custom made). Peminat jigging jenama keluaran white rabbit,Sure baits, remens dan strike pro antara digantung rapi untuk pilihan. Disudut lain kelengkapan jigging seperti sarung tangan (leather) diletakkan bersama peralatan tambahan ubah suai kekili.

Adalah difahami dari Mr.Richard, kedai ini juga pembekal utama barangan pengesan lubuk ikan (GPS) keluaran Humminbird dinegara kita. Berjenis nama serta saiz pengesan lubuk ikan terdapat disini. Berita baik juga bagi anda yang belum mengetahuinya, kedai Kapten fred's ini ada menyediakan pakage memancing mengunakan kapal. Antara pakage yang ditawarkan adalah expedisi ke Louisa Reef (spratly's), Brunei dropoff, Brunei reefs & wrecks dan Abana Deep water Trench (ikuti keluaran akan datang). Kepada yang belum pernah berkunjung kedai ini boleh datang ke alamat:

No.108 Plaza Athirah (bersebelahan Soon Lee Supermarket)
Jln Kubah Makam Diraja
BSB, Brunei Darussalam
TEL:32228951/32342407
Email: sales@fredfishing.com
Website: www.Fredfishing.com

Saya selaku dari Brunei fishing ucapkan ribuan terima kasih kepada Mr Richard kerana meluangkan masa dan berkongsi pandangan mengenai cerita2 hal dunia memancing. Sampai Jumpa lagi..

No comments: