
Setelah semalaman memancing, semua peserta hanya tidur 2-3 jam sahaja dan selepas sarapan bersedia untuk memancing lagi, di dalam gambar menunjukkan encik Johari dan Awang Hamdan sedang menyiapkan barang pancing mereka, tidak lama selepas itu, Awang Hamdan memperolehi seekor Ikan Lantaran seberat 3 kg yang menjadi hidangan tengah hari kami pada hari itu.

Nazrie mendapat ikan Dog Tooth Tuna dengan cara jigging mengunakan rod Jigging Master PE 4-8, reel Shimano Stella 20000 dan jig 150gram.

Riduan sedang berehat dibilik makan Semasa kapal SeaMaiden membuat perjalanan menuju ke Pulau Layang-Layang untuk standby menunggu kapal lain datang esok hari. Nazrie dan Mr. Leong dari Malaysia sedang menikmati hari senja semasa perjalanan. SeaMaiden sampai di Pulau Layang-Layang dalam pukul 6.30 petang dan berlabuh di luar Lagoon Pulau untuk meneruskan pancingan.

Ikan yang diperolehi semasa pancingan malam, Riduan dengan ikan Trevally yang banyak didapati pada malam sehingga subuh dengan teknik pancingan dasar dan jigging. Martin pula memperolehi ikan keratang seberat 26kg dengan teknik pancingan dasar. Sepanjang malam semua peserta memperolehi bermacam-macam jenis ikan terdiri dari kerisi bali, Ruby snapper, dorado dan Trevally. Sebahagian peserta tidak tidur sehingga tengah hari esoknya, kerana ikan semakin galak memakan umpan terutamanya dengan kaedah jigging.
No comments:
Post a Comment