Khazanah ilmu memancing kita


Kepada teman pemancing semua hantaran cerita2 pendek trip memancing anda, info pengunaan alat2 penangkapan ikan seperti bubu,bintur,rambat dan sebagainya adalah dialu2kan bersama gambar sipenangkapnya kepada editor.Sama2 lah kita akan mendapat menafaatnya jua dengan memperkenalkannya kepada generasi baru. Email: bruneifishing@gmail.com


Album Bruneifishing.

Saturday, 29 May 2010

HARI KE ENAM 1 MEI 2010 Pulau Layang-Layang – PulauLabuan = 165 batu nautika

Pukul 9 pagi, kapal SeaMaiden 1 memasuki Lagoon Pulau Layang-Layang dan menunggu kapal-kapal yang lain untuk memasuki Lagoon sebelum pukul 10 pagi, jika ada kapal yang terlambat untuk memasuki Lagoon, maka penyertaan mereka dibatalkan dan semua ikan tidak dapat dipertandingkan. Setelah semua kapal memasuki Lagoon, pemeriksaan keselamatan dilakukan dan setelah pasti semua dalam keadaan baik, ketua Marshall dan wakil penganjur mengunakan bot kecil untuk mendarat di Pulau Layang-Layang untuk membuat laporan untuk meninggalkan kepulauan Spratly.
Pukul 12 tengah hari, kebenaran telah diperolehi, Ketua Marshall mengarahkan semua bot untuk meninggalkan Lagoon Pulau Layang-Layang dan menuju ke destinasi seterusnya iaitu Pulau Kuraman untuk berkumpul dan setelah semua kapal sampai barulah menuju ke Pulau Labuan. Gambar menunjukkan keadaan yang bergelora semasa perjalanan balik, setelah 5 hari dikurniakan dengan cuaca yang baik.

Gambar menunjukkan bilik makan di dalam kapal SeaMaiden 1 dan juga bilik tidur yang menempatkan 6 orang di tengah kapal, 6 katil lagi dihadapan kapal, 10 katil lagi untuk kegunaan krew dan kapten kapal yang terletak di tengah dan atas kapal. Terdapat 2 kamar mandi dan juga mesin pencuci pakaian untuk kemudahan peserta. SeaMaiden 1 mempunyai 5 orang krew terdiri dari seorang kapten, penolong kapten, 2 engineer dan seorang tukang masak. Dalam gambar, Riduan dan Martin bersedia untuk tidur semasa perjalanan balik selepas 24jam memancing.

No comments: