


Perjalanan ke Pulau Layang-Layang mengambil masa selama 16 Jam dengan kelajuan 8-10 knot. Sepanjang perjalanan, memancing dengan mengunakan kaedah trolling dilakukan untuk menjerat ikan Layaran dan Mersuji, tetapi bagi peserta di kapal kami tidak memperolehi hasil sehingga sampai ke Pulau Layang-Layang. Semasa dalam perjalanan, semua peserta menyiapkan barang-barang pancing sebelum pertandingan dimulakan pada esok hari sambil berkenal-kenalan dengan peserta yang lain. Peserta mengikuti SeaMaiden adalah Mr. Martin Wiles (u.k), Encik Johari (Rod & Line Magazine), Awang Hamdan (Jabatan Laut, Labuan), Mr. Leong Yew Wai (Kuala Lumpur), Riduan dan Nazrie (Brunei Offshore Fishing), Chief Marshall, Major Johari (TUDM) dan 2 orang pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan, Malaysia.
bersambung...
No comments:
Post a Comment