Salam buat semua peminat sukan memancing di Brunei mau pun negara sahabat kita,
Di ucapkan terima kasih diatas sumbangan dari teman2 yang
setia dimana sudi berkongsi maklumat,gambar ,cerita pendek mau pun yang masih
setia membaca dan singgah di ruangan ini.
Memang tidak di nafikan halaman bruneifishing semakin kurang sudah sambutannya,
ini adalah seperti saya katakan pada musim lalu banyak saingan dari media masa
seperti kelahiran blog memancing persendirian, facebook dan instagram mengisi
info sukan memancing kita. Namun semua ini menunjukkan bahawa kelahiran
pemancing kita yang sekian hari semakin bertambah,berwawasan dan berkemahiran
IT. Brunei fishing amat bangga akan perubahan serta kemajuan ini.
Brunei Fishing juga mengucapkan terima kasih kepada Majalah
Umpan yang sudi memperkenalkan lagi blog
ni. Wartawan Majalah Umpan Mohamad Fazrul Abdul Majid menghubungi Brunei
Fishing melalui email dimana beliau minta kebenaran dan sudi mempromosikan blog
ini di dalam slot "Blog Pilihan" dalam Majalah Umpan. Memang berbesar
hati lah kita kerana ia akan lebih dikenali lagi oleh peminat pancing negera
Malaysia jiran terdekat kita.
Di harap ramai lah lagi nanti rakan pemancing diluar sana
maupun dalam sertA luar negara untuk kembali sudi menyumbang gambar tangkapan
serta cerita pendek mereka. Sekian Terima kasih.
Editor
Brunei Fishing
No comments:
Post a Comment