Khazanah ilmu memancing kita


Kepada teman pemancing semua hantaran cerita2 pendek trip memancing anda, info pengunaan alat2 penangkapan ikan seperti bubu,bintur,rambat dan sebagainya adalah dialu2kan bersama gambar sipenangkapnya kepada editor.Sama2 lah kita akan mendapat menafaatnya jua dengan memperkenalkannya kepada generasi baru. Email: bruneifishing@gmail.com


Album Bruneifishing.

Sunday 29 April 2007

Bulan2(Tarphoon)

Nama: Azlan
Tangkapan: Bulan2 2.1 kg / Alu2 3.5 kg
Teknik: Casting Yozuri
Joran: Daiwa Procaster
Kekili: Shimano Biomaster 3000
Lokasi : Sungai Danau(Bakau Panjang)
Tarikh: 26.3.2006
Jam: 0825 / 0843


Message:
Assalamualaikum...! kepada semua kaki pancing di Brunei yang telah pun melayari laman web ini kepada sesiapa yang belum mengetahuinya kita sebarkan lagi kepada kawan2.
Pada kali ini saya ingin menceritakan hasil tangakapan saya pada tahun lepas.
Jam menunjukkan pukul 8 pagi kami turun menggunakan perahu kawan saya melalui penurunan di Kuala Tutong.Dalam perjalanan menuju keujung Sungai Danau kami dikejutkan dgn lompatan ikan yang banyak lalu kami bergegas mengambil joran lalu mencuba untuk kasting ,rupanya bulan2 sudi menyambar gewang saya lalu berkali2 melompat akhirnya tersungkur juga di tangan saya.Lepas itu keadaan jadi reda apa tidaknya ikan bulan2 sudah lari di sebabkan sang alu2 tiba mengintai bulan2 tanpa membuang masa saya terus kasting dan terus disambar alu2, Sang alu2 membuat lompatan hinggalah tidak bermaya lagi barulah dapat di tewaskan.
Pada ketika itu ada cerita yang mencuitkan hati kami kerana kawan saya terlupa membawa penyiut jadinya kami menggunakan sadak bubuk yang ada di perahunya untuk meyiut ikan.Hehehehehe sampai jumpa lagi pada cerita akan datang wasalam.....

1 comment:

Si*Pengapon* said...

Atu baru ya si AZlan....dua sekali gus di pulunnya....tahniah