Baiklah kali ini kunjungan rakan Brunei Fishing kali ini ialah ke sebuah kedai pancing yang terletak di Kg. Tanjung Bunut, Jln Tutong iaitu kedai Yellow Fin Trading. Dengan adanya kedai pancing ini bermakna kita mempunyai satu lagi kedai peralatan pancing yang mewarnai arena sukan pancing kita.


Sebelum memulakan review terlebih dahulu B.Fishing telah meminta izin serta kebenaran mengambar dari empunya kedai. Ruangan ke kedai sungguh luas serta barangnya tersusun rapi mengikut barangan serta jenamanya. Ia terbahagi kepada tiga bahagian. Sebelah kanan terdapat peralatan seperti bag,coolbox,peyimpanan tools,mata pancing dan sebagainya. Ditengah pula adalah kawasan penyimpanan joran diikuti sebelah kiri adalah kawasan pameran berbagai jenis kekili.
Kalau kita kesudut kanan dibahagian belakang tergantung pelbagai jig bagi yang meminati acara pancingan jigging. Terdapat jenama Sure bait, Shino Gen II, Apache yang mempunyai pelbagai warna.

Bagi peminat mengilat gewang iaitu casting anda munkin boleh memilih 'lure' kegemaran anda dari pelbagai jenama seperti Strike Pro,Seahawk,Eupro dan White Rabbit. Di rak atas pula tersusun kotak penyimpanan barangan pancing dari jenama Plano. Jenama ini adalah keluaran USA dan ianya memang terkenal kepada pemancing yang sudah bergiat lama.
Adalah difahami bahawa kedai ini salah satu ejen penjual barangan Daiwa. Peminat barangan Daiwa boleh mendapati barangan itu dikedai ini seperti kekili Saltiga Z6500H. Shimano, Eupro,Tica dan Seahawk juga antara dipamerkan.
Dibawah adalah antara kekili Daiwa serta Shimano tersusun rapi bagi pengunjung yang meminati sukan memancing.


Bagi mengenai harga pengunjung boleh 'bargain the price' sekira nya berminat dengan barangan yang dihajati. Sudut tengah pula kita dapat memilih pelbagai jenis rod yang diantaranya ialah SeaHawk,Lemax dan Daiwa.
Tali pancing terdapat disini antaranya ialah Fins,Power Pro, Tiger Braided line dan pelbagai jenis lagi.
Selain daripada menjual peralatan pancing, anda bolehlah juga menghantar joran, kekili untuk dibaik pulih. Bagi yang meminati barangan joran serta kekili custom made tempahan boleh juga dilakukan.Perkhimatan penyewaan perjalanan memancing (Fishing charter) adalah antaranya yang anda boleh tanya disini.

Yellow Fin Trading
unit 7,grd floor,
Rizqan Maisura Complex,
Kg.Tanjung Bunut,
Jalan Tutong BF 2920
Negara Brunei Darussalam. (email: yellowfin_trading@yahoo.com
Tel: +673 2670203
Fax: +673 2454091
H.Phone: +673 8601167
Sampai jumpa lagi di review yang akan datang.
No comments:
Post a Comment