Khazanah ilmu memancing kita


Kepada teman pemancing semua hantaran cerita2 pendek trip memancing anda, info pengunaan alat2 penangkapan ikan seperti bubu,bintur,rambat dan sebagainya adalah dialu2kan bersama gambar sipenangkapnya kepada editor.Sama2 lah kita akan mendapat menafaatnya jua dengan memperkenalkannya kepada generasi baru. Email: bruneifishing@gmail.com


Album Bruneifishing.

Friday 11 May 2007

Captain Fred's Fishing Charters(part 2)

Kali ini Brunei Fishing memaparkan senarai pakej2 menarik yang ditawarkan oleh Capt. Fred,s Fishing Supply bagi pemancing yang berminat mengunakan kapal besar. Antara pakej2 yang ditawarkan adalah seperti dibawah ini:


1.Abana Deep Water Trench
2.Brunei Reefs and Wreck
3.Brunei Drop off
4. Louisa Reef (Spratly's)

Abana Deep water Trench pakej yang menawarkan perjalanan serta masa memancing selama 8.5 jam.Pakej ini amat menarik kerana ianya baik untuk pemancing yang baru berjinak2 dengan mengunakan kapal atau perahu kerana ia membiasakan kita dengan mabuk laut.
Harga: seorang B$60 atau B$700.00 sewa keseluruhannya.

Brunei Reefs and Wreck pakej pula menawarkan perjalanan dan masa 2 hari/1 malam menjejak tempat2 lubuk ikan yang sudah terkenal bagi nelayan tempatan. Yang menariknya lagi pakej ini merangkumi semua senarai dibawah ini:
a.sarapan pagi,makan tengah hari dan malam sepanjang trip ini. (minuman ringan juga disediakan)
b.Mensajikan tayangan video sepanjang trip.
c.Terdapat librari kecil yang memuatkan buku dan majalah .

Brunei Drop off menawarkan pakej 3hari/2malam atau pun 2hari/1malam membawa awda keperairan dalam dimana terdapatnya ikan ikan besar seperti kerapu,kerisi bali,ikan merah ikan bemasa (G.travelly) akan memberi tetangan hebat kepada pemancing.

Louisa reef (Spratly's) pula memakan masa serta perjalanan 6hari/5malam dimana akan menjanjikan keseronokan serta tentangan hebat ikan2 besar walaupun anda sudah berpengalaman.

Disini terpulang lah kepada anda untuk memilih mengikut citarasa tersendiri dan sila hubungi terus ke kedai Capt. Fred beralamat dibawah ini:
No.108 Plaza Athirah
Jln Kubah Makam Diraja
BSB,Brunei Darussalam.
Tel:+673-2228951

Disclaimer:Brunei Fishing shall not be held responsible for the accuracy of the above information. Interested party shall contact the respective event organizer directly for any clarifications.

B.Fishing: Minggu ini 12-13hb May2007 salah seorang crew Brunei Fishing ikut serta trip keBrunei dropoff...tunggu keberhasilannya.

No comments: