Nama: G Sad
Hasil Tangkapan: Pelayak
Berat: 3.5 Kg
Lokasi: Kuala Danau, Tutong
Teknik: Bottom Fishing
Umpan: Udang Hidup
Rod: First Stik
Spool: Banax
Message:
Assalamualaikum,
First of All, saya ingin mengucapkan tahniah kerana membuat Website 'Brunei Fishing' for us. Although baru, but ada jua info-info berguna for us.
Saya, bapa mertua dan bapa saudara saya baru mencuba berperahu di Sg Danau dan berlabuh dekat pokok bakau. Tidak sampai 5 minit melabuh, Sang Selungsung dengan cepat menyambar pancing ku. Walaupun ikan itu tidak melompat untuk melepaskan dirinya,tarikkannya sungguh kuat. Setelah 10 minit bertempur, akhirnya tewas juga Sang Pelayak. Kami terlupa untuk membawa net, jadi bapa saudara ku menaikkan dengan menggunakan bakul tempat berisi makanan kami. Malangnya, selepas itu, 2 ekor terlepas. Salah satunya mata kail jenis carbon telah patah.
B.Fishing: Semoga murah rezeki.....
2 comments:
Kalau tak silap ikan yang di perolehi itu namanya ialah pelayak (pecah periuk) namanya di malaysia. (c-wan)
Terima kasih atas pembetulannya diharap lebih banyak lagi orang seperti anda kerana ia akan menjadi ilmu pengetahuan kepada generasi pemancing muda (baru)
Post a Comment