Rakan2 Brunei Fishing kali ini mengambil peluang cuti hujung minggu ini turun keluar memancing memandangkan cuaca serta alunan ombak pun mengizinkan. Kali ini di antara member yang pergi adalah The Jep (Jeffry), Jack sparrow (Safrien), Dyt7 (Hidayat), Si*pengapon* (musa), Hj Omar , Mahmud dan Hj.Lamzi (jurupandu perahu kami). Destinasi kami ialah Ampa Patches iaitu kira2 40km dari muara sungai Tutong .
Destinasi
Perjalanan kami hanya mengambil masa 45 minit untuk sampai kedestinasi dengan mengunakan dua injin berkuasa 85 kuda merentas laut dengan tenang hari itu. Sampai tempat yang dituju masing2 melabuhkan umpan hirisan ikan basong. Tak sampai seminit joran The jep direntap kuat dan mangsa pertama ialah seekor kerapu Piak(Dwarf spotted grouper) yang difahami banyak terdapat disini.
Juru pandu kami tidak kurang juga menunjukkan hasil tangkapannya kepada kami walaupun hanya mengunakan anjun ( Pancing ramai).
Antara ikan yang dinaikkannya ialah Sulit Hijau (Deep-bodied fussilier), Kalangkitok (small G.trevally), Pisang-pisang, kerapu dan Anduping. (Omale Emperor).
The Jep senyum dengan tangkapannya iaitu kerapu piak (Dwarf spotted grouper). Umpan yang kami turunkan sekejap sahaja habis kerana diragut ikan dari jenis ikan pisang-pisang. Mengikut jurupandu kami ikan besar jenis lain kurang kita dapati kerana kalah perebutan dengan ikan ini.
Antara member yang turun pada minggu lepas 20hb Mei 2007.
Kami juga berpindah dari satu tempat kesatu tempat berharap ada ikan yang lebih besar meragut umpan kami. Antara tangkapan yang kami dapat hari itu adalah dari jenis ikan Pisang-pisang, Kerapu,Santak,Pengantaran,kalangkitok,Anduping dan kerisi.Aktiviti kami berhenti apabila matahari sudah kelihatan hendak terbenam.Kami balik dan tiba dipengkalan penurunan perahu dikampung Kuala Tutong pada pukul 6.30pm. Member Brunei Fishing semua merasa seronok dan mungkin dimasa akan datang mencuba pula ketempat lain pula.
No comments:
Post a Comment