Khazanah ilmu memancing kita


Kepada teman pemancing semua hantaran cerita2 pendek trip memancing anda, info pengunaan alat2 penangkapan ikan seperti bubu,bintur,rambat dan sebagainya adalah dialu2kan bersama gambar sipenangkapnya kepada editor.Sama2 lah kita akan mendapat menafaatnya jua dengan memperkenalkannya kepada generasi baru. Email: bruneifishing@gmail.com


Album Bruneifishing.

Monday 15 June 2009

Geng si Kurus~


Pengenalan member Geng si Kurus terbaru~

Nama:Mangsa Agas a.k.a Komeng, si Perawai~
Tangkapan:First Catch Udang Galah~
Joran:Joran Putih yang sikit lagi diumbankan ka sungai~
Tangsi:10 lbs~
Umpan:Berkat Kesabaran~
Lokasi:Di ulu Sungai hatimu~
Jam:Seharian~

Kisah: Sebelum matahari menyinari bumi, si Perawai telah pun bangun dengan semangat yang kental dan jitu. Dengan nawaitu untuk mendapatkan udang galah, beliau pun bertolak bersama-sama rakan seperjuangan dari pengkalan si babau ke arah tujuan pada jam 6 pagi. Dengan hati yang teruja, beliau hadapi semua rintangan yang ada seperti kesejukan angin waktu pagi, kepanasan tengahari, hujan yang lebat lagi berangin, ombak yang beralun dan tempoh yang amat lama untuk mendapatkan sang udang galah yang diidamkan. Maklumlah, si Perawai baru berkecimpung di dalam arena memancing. Syabas diucapkan kepada si Perawai dari ahli-ahli Geng si Kurus, kerana semangat nya yang pantang mundur sebelum belurih membuahkan hasil. (9 jam menunggu first catch udang nya).

Lapas atu, bah, cacah cabur tia.. hahaha.. (tukar spot, kerapu pun banyak naik lapas atu) Steady!! Now, tau tia ia udah cemana ngail udang and 'thrill' nya. Syabas! Jangan kata ngail udang nada thrill. Assalamualaikum. Majulah mengail untuk negara~

No comments: