Khazanah ilmu memancing kita


Kepada teman pemancing semua hantaran cerita2 pendek trip memancing anda, info pengunaan alat2 penangkapan ikan seperti bubu,bintur,rambat dan sebagainya adalah dialu2kan bersama gambar sipenangkapnya kepada editor.Sama2 lah kita akan mendapat menafaatnya jua dengan memperkenalkannya kepada generasi baru. Email: bruneifishing@gmail.com


Album Bruneifishing.

Sunday 13 April 2008

Adakah Brunei Fishing pilihan anda...


Salam muhibbah,

Terima kasih kepada anda semua yang member sokongan kepada blog ini. Sambutan kehadiran blog ini amat diluar dugaan saya. Tak usah saya memberi panjang lebar selari dengan sambutan keluarga pemancing Brunei mengenai blog ini nanti dikatakan masuk bakul angkat sendiri.
Kita semua tak kira dari blog mana pun adalah satu keluarga Pemancing Brunei yang membawa hobi serta sukan ini menjadi sukan NO#1 dinegara kita suatu hari nanti. Kalau kita sudah menyaksikan pilihan raya Negara jiran kita Malaysia sudah tamat dan betapa sokongan individu parti mereka amat diperlukan.

Kini giliran kita pula mengundi bagi BEST BLOG OF THE YEAR. Saya sendiri amat bangga akan sokongan keluarga pemancing Brunei serta teman dari luar negeri yang mengundi terdahulu hingga Brunei Fishing menjadi BEST LIFE STYLE BLOG OF THE YEAR. Undian anda dan teman luar negara bukan hanya mewakili negara tetapi kerana ingin melihat dan berharap sukan ini dapat bertapak sampai bila2 pun serta amat penting perpaduan sehati Keluarga Pemancing tak kira dari Negara mana pun kehadirannya.

Akhir kata saya bersama teman2 ingin melihat sejauh mana keluarga PEMANCING KITA bersatu hati melaksanakan undian anda pada 14hb APRIL 2008 selama 2 minggu untuk menaikkan martabat sukan serta hobi memancing negara kita dan sama2lah kita merealisasikannya. Sebelum itu Saya bagi pihak BLOG ini mengucapkan ribuan terimakasih yang masih tidak putus2 menyokong menghantar gambar, memberi informasi serta pembaca yang melayari nya.

MAJU SUKAN PANCING NEGARA KITA
Editor B.Fishing

No comments: