
Nama : Chong
Tangkapan : Kerapu
Tempat : Jong Batu Lubuk Kerapu
Teknik : Kerikan
Umpan : Udang Mati
Msg : Mun pakai jerikan nda ya ngalih e..mun pakai joran ngalih tia..urg klasik th bnr..huhuhu
Membawa balik ikan yang diperlukan sahaja untuk menghormati kehidupan laut.



.jpg)
.jpg)











.jpg)

.jpg)
.jpg)
Pada 20 April 2008, team BruneiFishing telah dijemput untuk menghadiri majlis penandatanganan untuk dua acara yang julung-julung kali diadakan di Brunei Darussalam. Acara pertama ialah “1st Tasek Climbathon” yang akan diadakan pada 25 Mei 2008 bertempat di Taman Rekreasi Tasek Lama dan diikuti oleh “Dining Under The Stars” yang akan diadakan pada 31 Mei 2008 bertempat di Jerudong Park Musical Fountain Gardens.
Acara dimulakan dengan kehadiran tetamu-tetamu kehormat pada majlis dan diikuti oleh penandatanganan dari wakil-wakil penaja.
Untuk memeriahkan lagi suasana, tetamu dihiburkan dengan persembahan tarian yang bertemakan wayang “Hairspray”.
Majlis dilanjutkan dengan perarakan oleh kelab Harley Davidson Brunei dan kelab pacuan 4 roda Brunei yang bermula dari Hotel Sheraton melalui beberapa jalan Ibu Negara dan berakhir di Taman Rekreasi Tasek Lama.


Selamat datang ke laman Web Brunei Fishing dan salam perkenalan diucapkan kepada kaki joran atau kaki pancing Brunei. Tujuan utama laman ini adalah sebagai tempat berkongsi pengalaman dan ilmu pegetahuan dalam bidang memancing sama ada di sungai,kolam,tasik ataupun dilaut dalam negara ini.Disini juga akan memaparkan teknik ,cerita hasil tangkapan, melawat kedai menjual alat2 panching dan sebagainya.Oleh itu, diharap awda yang bergelar kaki pancing diharap dapat berkongsi pengalaman serta terus menyokong laman web ini.Kami akan sentiasa majukan laman web ini sebagai tempat rujukan kepada semua kaki pancing yang ada di Negara Brunei Darussalam ini. Berikut ialah beberapa perancangan yang ingin di sampaikan kepada semua;
(i)Senarai tempat-tempat memancing berserta gambar dan senarai ikan yang pernah dinaikan
ii) Maklumat kedai-kedai pancing yang ada di Negara Brunei Darussalam
iii) Maklumat alat-alat memancing.
iv) Profail ikan (nama tempatan)
v) Gambar kenangan setiap pemancing.
vi) Brunei Fishing Forum (Ruangan yang terbaru didalam Brunei fishing.com)
Untuk para peminat pancing berkomunikasi serta berkongsi pengalaman didalam hal dunia memancing kita.
Oleh itu, kalau ada sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman,teknik memancing dan apa saja hal pancing memancing dinegara kita.Bagi section snap shot kaki pancing sila email gambar tangkapan awda,nama (samaran pun boleh),sertakan serba sedikit cerita mengenai gambar tersebut kepada: bruneifishing@gmail.com. Maju terus sukan atau hobby memancing anda.