Khazanah ilmu memancing kita


Kepada teman pemancing semua hantaran cerita2 pendek trip memancing anda, info pengunaan alat2 penangkapan ikan seperti bubu,bintur,rambat dan sebagainya adalah dialu2kan bersama gambar sipenangkapnya kepada editor.Sama2 lah kita akan mendapat menafaatnya jua dengan memperkenalkannya kepada generasi baru. Email: bruneifishing@gmail.com


Album Bruneifishing.

Monday, 14 May 2007

Adik baru belajar jinakkan Ungah


Nama:abd wafi b ahmad.
Tangkapan:ungah.
Umpan:potongan
udang.
Lokasi:sg. Danau tutong.
Tarikh:11.05.2007.

Message; pada pagi jumaat, saya senghaja bangun awal.
Saya tau bapa saya akan pergi mengail.bapa saya tidak
keberatan utk membawa saya. Sampai ketempat lokasi,
tidak sabar utk melabuh kail,sebab ini lah kali
pertama saya ikut bapa saya.tak sangka,rupa nya
siok...banyak tangkapan kami dpt.saya akan mencuba
lagi d hari lain dan mendalami lagi ilmu mengail.

B.fishing: Hebat adik ini...continue your fishing hobby.

Friday, 11 May 2007

Captain Fred's Fishing Charters(part 2)

Kali ini Brunei Fishing memaparkan senarai pakej2 menarik yang ditawarkan oleh Capt. Fred,s Fishing Supply bagi pemancing yang berminat mengunakan kapal besar. Antara pakej2 yang ditawarkan adalah seperti dibawah ini:


1.Abana Deep Water Trench
2.Brunei Reefs and Wreck
3.Brunei Drop off
4. Louisa Reef (Spratly's)

Abana Deep water Trench pakej yang menawarkan perjalanan serta masa memancing selama 8.5 jam.Pakej ini amat menarik kerana ianya baik untuk pemancing yang baru berjinak2 dengan mengunakan kapal atau perahu kerana ia membiasakan kita dengan mabuk laut.
Harga: seorang B$60 atau B$700.00 sewa keseluruhannya.

Brunei Reefs and Wreck pakej pula menawarkan perjalanan dan masa 2 hari/1 malam menjejak tempat2 lubuk ikan yang sudah terkenal bagi nelayan tempatan. Yang menariknya lagi pakej ini merangkumi semua senarai dibawah ini:
a.sarapan pagi,makan tengah hari dan malam sepanjang trip ini. (minuman ringan juga disediakan)
b.Mensajikan tayangan video sepanjang trip.
c.Terdapat librari kecil yang memuatkan buku dan majalah .

Brunei Drop off menawarkan pakej 3hari/2malam atau pun 2hari/1malam membawa awda keperairan dalam dimana terdapatnya ikan ikan besar seperti kerapu,kerisi bali,ikan merah ikan bemasa (G.travelly) akan memberi tetangan hebat kepada pemancing.

Louisa reef (Spratly's) pula memakan masa serta perjalanan 6hari/5malam dimana akan menjanjikan keseronokan serta tentangan hebat ikan2 besar walaupun anda sudah berpengalaman.

Disini terpulang lah kepada anda untuk memilih mengikut citarasa tersendiri dan sila hubungi terus ke kedai Capt. Fred beralamat dibawah ini:
No.108 Plaza Athirah
Jln Kubah Makam Diraja
BSB,Brunei Darussalam.
Tel:+673-2228951

Disclaimer:Brunei Fishing shall not be held responsible for the accuracy of the above information. Interested party shall contact the respective event organizer directly for any clarifications.

B.Fishing: Minggu ini 12-13hb May2007 salah seorang crew Brunei Fishing ikut serta trip keBrunei dropoff...tunggu keberhasilannya.

Wednesday, 9 May 2007

Royal Pahang Billfish International Challenge (RPBIC) 2007

Berita baik juga untuk bulan Ogos akan datang bagi yang minat ikut serta pertandingan berprestij seperti pertandingan memancing yang akan dijadualkan berlangsung di perairan Rompin, Pahang. Diharap adalah perserta dari negara kita Brunei Darussalam yang akan turun padang. Untuk mengetahui cerita lanjut sila layari: Berita joran.
Disclaimer:Brunei Fishing shall not be held responsible for the accuracy of the above information. Interested party shall contact the respective event organizer directly for any clarifications.

B.Fishing: Yang ikut serta nanti atau kebetulan menyaksikan..diharap ada yang menyumbang gambar ke web ini.

Tuesday, 8 May 2007

Udang Galah Bandar Tutong


Nama- Abu Bak
Tangkapan - Udang Galah (Apek yoyo....)
Joran - Whiterabbit
Kekili - Shakespear
Berat - 500grm +
Lokasi - Bandar Tutong

Message:
Pertama kali saya ucapkan syabas kerana membuat website brunei fishing yang mungkin yang pertama dibrunei darussalam.Kami semua kaki pancing akan sentiasa memberikan sesuatu yang boleh menaikan lagi mutu website ini.! HIDUP KAKI PANCING BRUNEI !!!!

B.Fishing: Terima kasih Abu Bak...Kelihatannya sungai Tutong sekali lagi diserang udang galah rupanya....

Saturday, 5 May 2007

Anduping ( ikan Jenahak)

Nama:The Jep
Hasil Tangkapan: Jenahak/Anduping (Sweetlip Emperor)
Berat:900 grams
Lokasi: Batu karang Ampa
Teknik: Bottom fishing
Umpan: Hirisan ikan Basong

B.Fishing: Tahniah..munkin minggu akan datang double sizenya..

Kerapu

Nama: Hj.Ashar
Hasil tangkapan: Kerapu
Berat: 1.1kg
Lokasi: Ampa patches
Teknik: Bottom fishing
Umpan: keratan ikan Basong

B.Fishing: Kenang2kan gambar ani...hari esok lagi besar brother..

Pengantaran tersangkut (kerapu Merah)

Nama: Safrien
Hasil tangkapan: Kerapu Merah (Lyretail grouper)
berat: 1 kg
Lokasi: Ampa Patches
Teknik: Pancingan dasar
Umpan: Ikan Basong

B.Fishing: Mengimbas kenangan lama saja geng..apa boleh buat sabar saja....

Friday, 4 May 2007

Ikan Lunan mengalah akhirnya (Shovel Nose Ray)

Nama: Benjamin Ngui
Hasil tangkapan: Shovel Nose Ray (Ikan Lunan-local name)
Lokasi: Pantai Tanjong, Miri, Sarawak

B.Fishing: Thank you for your picture, hope more to come and with short stories of the catch for us to know (learn)

Marlin- Catch and Release

Marlin cuba untuk melepaskan diri setelah umpan ikan tuna disambarnya.Perlawanan yang sangat menarik dan mencabar ketahanan pemancing.

Mengabadikan gambar kenangan berjaya menawan Marlin sebelum melepaskannya.






Marlin adalah spesis game fish yang terbaik untuk pemancing mencoba. Adalah disarankan tangkap dan lepas dimestikan.


Nama: Kelvin
Tangkapan: Ikan Marlin (Keluarga ikan Layaran)
Berat: 80+ Kg
Teknik: Menunda (trolling)
Umpan:Tuna (ikan tungkul)
Lokasi: Perairan Brunei berdekatan P.Labuan

Message:
Di antara Perairan Brunei dan Labuan memang banyak terdapat Ikan Marlin yang beratnya melebihi 100± kg..perlawanan yang sangat hebat hampir melebihi 1 jam..

B.Fishing: Adalah disarankan Supaya Tangkap dan Lepas kerana spesis ini semakin berkurangan kelihatan diperairan kita.

Ikatan Rapala

Pameran Memancing & Aktiviti Luar 2007

Dua hari yang lepas ketika saya melawat salah sebuah kedai buku di Bandar Seri begawan saya tertarik dengan salah satu halaman muka depan buku pancing yang dijual. Ianya mengenai dengan pameran Memancing dan aktiviti luar 2007 yang akan dijalankan bulan MEI ini di negara jiran kita Malaysia bertempat diHall 3,Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur. Bagi kawan2 kaki pancing yang berhasrat melancong ke Kuala Lumpur anda boleh berpeluang menyaksikannya dan jangan lupa mengirim gambar2 serta informasi ke BruneiFishing.com.

B.Fishing: Gambar diatas adalah gambar yang dipetik dari muka halaman depan majalah PANCING (buletin Sukan Mengail Profesional terbitan Life Publisher)

Monday, 30 April 2007

Trolling Berkayuh membuahkan hasil


Nama: Khairul
Tangkapan: Ungah 500grms
Teknik: Trolling(Yozuri Redhead)
Jam: 1720
Tarikh: 29.4.2007
Lokasi: Sungai Danau,Telisai

Message:
Cuaca hari minggu begitu mendung ketika itu namun saya gagahi juga merancang hendak turun kasting dengan kawan saya iaitu Khairul di Danau.Kami bertolak dari Jerudong kira2 pukul 4 ptg dan setibanya di Danau kami tanpa melengahkan masa lalu kasting.Tidak ada sentapan kali ini,lalu saya bercadang untuk menggunakan perahu kawan saya yang sudah lama di simpan di sana.Kami terpaksa berkayuh kerana enjinnya tidak ada, dalam masa berkayuh saya pun terfikir hendak mencuba menunda ala manual(berkayuh),kawan saya Khairul pun setuju dengan fikiran saya lalu kami menghulur joran masing2.Tak sia2 ikhtiar kami ini rupanya ada yang sudi menyambar yozuri Redhead milik Khairul iaitu sang Ungah.
Hari semakin gelap kami pun berkayuh balik sambil trolling mana tau ada yang sudi lagi, tapi kali ini tak ada sentapan.Kami akan mencuba lagi kaedah ini di hari lain walaupun terpaksa berkayuh tetapi hasilnya memang terbukti walaupun ketika itu air sungai tidak memberangsangkan selepas hujan.
*Belum cuba belum tahu sudah cuba baru tahu -)