Khazanah ilmu memancing kita


Kepada teman pemancing semua hantaran cerita2 pendek trip memancing anda, info pengunaan alat2 penangkapan ikan seperti bubu,bintur,rambat dan sebagainya adalah dialu2kan bersama gambar sipenangkapnya kepada editor.Sama2 lah kita akan mendapat menafaatnya jua dengan memperkenalkannya kepada generasi baru. Email: bruneifishing@gmail.com


Album Bruneifishing.

Wednesday 7 May 2008

B.Fishing Team catch report.

Hari pertama, Dalam perjalanan ke Drop-off selama 7 jam tak se-ekor ikan pun yang berminat dengan umpan teknik tundaan kami. Mungkin kerana ketenangan ayer laut yang seakan cermin itu membuat mereka tak mahu timbul. Ketibaan kami di spot pertama iaitu spot yang awal2 sekali ketika kapal Appollo beroperasi. Tiada ikan mega yang menyambar jig2 besi hanya ikan2 kerisi dan semperiding takat yang bersaiz 500g-1kg yang menyambar dengan kaedah bottom.

Kami berpindah ke takat seterusnya iaitu 10km keutara.Arus ayer menunjukkan tidak memberangsangkan sebelah atas menuju ke timur sebelah bawah menuju ke barat meyukarkan kapal berhenti kepoint yang diinginkan. kelompok ikan kelihatan diparas 300 kaki melalui fishfinder namun kurang menjamah umpan sehinggalah pukul 7pm baru ia mula menunjukkan minat. Azman yang sedari mula belum mendapat sentapan akhirnya mendapat seekor kerapu seberat 5.5kg dan sepuluh minit kemudian sekali lagi jorannya melengkong kuat direntap ikan Bekalang biawak (amberjack) memberi perlawanan hebat selama 15 minit. ikan seberat hampir 12 kg itu akhirnya menyerah kalah.

Disebelah hadapan kapal. Member kami the Jep diam2 juga berjuang dengan spesis yang sama seberat 9kg. Ikan kerisi juga menunjukkan minat dengan umpan ikan basung yang dilabuhkan.
sebelah kiri kapal teman kami zaifandi (yoy) juga turut menaikan bekalang biawak dengan set electric reelnya (heavy duty yo..). Setelah pukul 10 malam ikan mula menunjukan bosan dan tiada tangkapan yang dibuat.

Hinggalah pukul 2.45 pagi, joran sipengapon melengkong kuat setelah melabuh umpan ikan timah yang didapati oleh hj Yunos sebelumnya. Perlawanan selama 25 minit itu membuahkan hasil dengan bekalang biawak seberat hampir mencecah 15 kg timbul. Hebat perlawanan ikan ini dua permata yang terkena terbengkok akibat kekuatannya dan hampir terlepas ketika dipermukaan ayer dengan pertolongan yoy mengunakan hook ianya didaratkan..

Pagi pukul 7 am kami berpindah ke spot yang baru, 2km menuju keselatan. Setiba, permainan pun bermula dimana ikan kerisi seberat 2-4kg,ikan merah (ruby snapper) dan sepesis ikan karang yang lain galak menyambar umpan. namun beberap[a teman juga kecewa apabila beberapa kali habuan mereka terlepas kerana terputus ditarik ikan mega (suspek ialah Bekalang biawak aka Amberjack). Walaupun hasil kurang memberangsangkan kami akan mencuba lagi ditahun akan datang ditempat yang sama. Dengar2 teman ada menyebut untuk menyertai Labuan tournament...hakhahkahak. kalau masa mengijinkan. Member kami kali ini terdiri dari Haslin,Khairul (bui),Jepri (the Jep), Hj Yunus,Zaifiandi (yoy aka Juragan),Musa (sipengapon),Azman dan Dayat (DYT7). Terima kasih kepada member yang turun kali ini.

B.Fishing: Kempunan membuat pengambaran video akibat lupa switch off (bateri habislah..) namun mengunakan camera biasa video clip kecil2 sempat dirakam..harap2 dapat diload di youtube nanti. Akan diusahakan.

No comments: