
Nama:S.W.A.T Daiwa 101
Hasil tangkapan: Bemasa
Tackles: Mengunakan barangan DAIWA
Tempat: perairan belait
berat: ????
KB trip - charter via Nautica KB (cari dlam buku tipun ah)
These are the fishes you can expect on this trip and many more.
Membawa balik ikan yang diperlukan sahaja untuk menghormati kehidupan laut.

Name: Yacob



AL-KISAH, At first cuaca is not so promising, angin barat dawa membawa kurang penghasilan bagi perahu2 yg mengail/memukat/merawai di Ujung Pelumpong & Ujung Sapoh. laut berombak.. blah.. blah.. tapi kami tetap jua proceed with our fishing trip. Sampai d pulau.. kami bertemu dengan Chong.. yang mula memancing dari petang.. tetapi tidak memperolehi hasil kerana cuaca berangin kuat dan ombak. tetapi hanya mendapati seekor ikan yang jarang di pancing dengan joran.. BANYAK IKAN ATU DI SANA.. TAPI MMG SUKAR KAN DAPAT.
Name: B4republic.com team
Pada 5.1.2008 trip kami kali ini di rancang secara mendadak oleh saya sendiri sampaikan hanya 2 orang kami saja yg dapat memancing di sangkar ikan milik Hj Zainal Abidin di Tanjung Pelumpong Muara.Tepat jam 6 ptg kami di sambut oleh Hj Zainal Abdidin dan juga pekerjanya dgn bot di penurunan perahu bersebelahan dgn Polis Marine Muara dan setibanya kami di sangkar ikan beliau, kami di layan dgn begitu mesra oleh Hj Zainal dan beliau menerangkan apa yg patut di buat ketika berada di sana.Selepas itu kami pun mula untuk memasang peralatan masing2 dgn berumpankan udang hidup yg kami bawa.Selain dari umpan udang hidup yg kami bawa pekerjanya juga ada mendapatkan umpan hidup lain dgn menggunakan rambat (tertakluk kalau ada ikan kirang2 atau aur2 yg hendak di jadikan umpan).Setelah melabuhkan pancing memang ada sentapan ikan hasilnya seekor Umpak dan bermacam2 lagi ikan yg kami naikkan seperti Bebarahan,Kerapu ,Pisang2 dan Pila2.Jam menunjukkan 11 mlm cuaca ketika itu berangin dan hujan lebat mula turun kami di arahkan oleh Hj Zainal supaya berteduh dahulu dalam masa setengah jam hujan pun mula beransur teduh dan kami pun beraksi semula namun tiada hasilnya mungkin di sebabkan hujan lebat hinggalah subuh jam 4 pgi rakan saya Saiful menaikkan seekor kerapu beratnya 1.2 kg ,memang kerap sentapan kuat tetapi nasib tidak menyebelahi kami.Jam 10 pgi kami pun mula berkemas hendak pulang walaupun sewa $20 seorang namun kami tetap berpuas hati dgn hasil yg di perolehi hampir 5 kg dan layanan yg di beri dan juga kemudahan yg terdapat di sana seperti tempat bilik tidor, tandas, dapor selain dari itu kita juga dpt melihat ikan2 yg di pelihara seperti Selunsong,bemasa,ikan merah,belais,kerapu,bekalang dan bermacam lagi jenis ikan.Saya di beritahu bahawa selunsong beliau beratnya mencecah 20kg wow alangkah siuknya bertarung dengan ikan bersaiz MEGA…..
Kami merancang akan datang lagi ketempat beliau jika ada peluang, harap trip kali ini akan dpt hasil yg membrangsangkan lagi.
Sesiapa yg berminat memancing Di Sangkar Tanjung Pelumpong sila hubungi Hj Zainal Abidin 8737247

Selamat datang ke laman Web Brunei Fishing dan salam perkenalan diucapkan kepada kaki joran atau kaki pancing Brunei. Tujuan utama laman ini adalah sebagai tempat berkongsi pengalaman dan ilmu pegetahuan dalam bidang memancing sama ada di sungai,kolam,tasik ataupun dilaut dalam negara ini.Disini juga akan memaparkan teknik ,cerita hasil tangkapan, melawat kedai menjual alat2 panching dan sebagainya.Oleh itu, diharap awda yang bergelar kaki pancing diharap dapat berkongsi pengalaman serta terus menyokong laman web ini.Kami akan sentiasa majukan laman web ini sebagai tempat rujukan kepada semua kaki pancing yang ada di Negara Brunei Darussalam ini. Berikut ialah beberapa perancangan yang ingin di sampaikan kepada semua;
(i)Senarai tempat-tempat memancing berserta gambar dan senarai ikan yang pernah dinaikan
ii) Maklumat kedai-kedai pancing yang ada di Negara Brunei Darussalam
iii) Maklumat alat-alat memancing.
iv) Profail ikan (nama tempatan)
v) Gambar kenangan setiap pemancing.
vi) Brunei Fishing Forum (Ruangan yang terbaru didalam Brunei fishing.com)
Untuk para peminat pancing berkomunikasi serta berkongsi pengalaman didalam hal dunia memancing kita.
Oleh itu, kalau ada sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman,teknik memancing dan apa saja hal pancing memancing dinegara kita.Bagi section snap shot kaki pancing sila email gambar tangkapan awda,nama (samaran pun boleh),sertakan serba sedikit cerita mengenai gambar tersebut kepada: bruneifishing@gmail.com. Maju terus sukan atau hobby memancing anda.