Khazanah ilmu memancing kita


Kepada teman pemancing semua hantaran cerita2 pendek trip memancing anda, info pengunaan alat2 penangkapan ikan seperti bubu,bintur,rambat dan sebagainya adalah dialu2kan bersama gambar sipenangkapnya kepada editor.Sama2 lah kita akan mendapat menafaatnya jua dengan memperkenalkannya kepada generasi baru. Email: bruneifishing@gmail.com


Album Bruneifishing.

Thursday 4 March 2010

Tangkapan Pertama Seumur Hidup Selama 29 Tahun


Nama: Haji Shawal
Hasil Tangkapan: Belais
Lokasi: Pantai Serasa
Umpan: Udang

inilah hasil tangkapan saya yang pertama sekali selama 29 tahun dengan menggunakan juran berumpankan udang. ianya bermula apabila saya hanya ingin ke pantai tersebut untuk bersiar siar bersama dengan keluarga dan sahabat. saya di ajak memancing lalu saya pun mencubanya dan tidak di sangka sangka saya mendapati ikan Belais ini. rasa saya sungguh gembira kerana ianya adalah yang pertama sekali. walaupun ikannya sekecil ini tetapi hati saya sungguh girang dan ianya menguji kesabaran saya menunggu umpan untuk di makan.

dengan pengalaman ini, saya ingin mengembang luaskan lagi cara cara bagaimana untuk memancing dengan lebih sempurna dan meminta tunjuk ajar dari abiskita dan juga menunjukkan lokasi lokasi yang tidak menghampakan.

B.Fishing: Syabas kepada anda ...kerana berjinak2 dgn sukan yg popular ini.

No comments: