Selamat menyambut tahun baru 2014 kepada teman2 pemancing sekalian semoga tahun baru ini menjanjikan pulangan hasil serta rezeki yang baik.Tidak dilupakan juga ucapan Terima kasih diatas sumbangan dari teman2 yang setia dimana sudi berkongsi maklumat,gambar dan cerita pendek.
Memang tidak di nafikan halaman bruneifishing semakin kurang sudah sambutannya, ini adalah kerana banyak saingan dari media masa seperti kelahiran blog memancing persendirian, facebook, instagram dan yang lain2 lagi. Namun semua ini menunjukkan bahawa kelahiran pemancing kita yang sekian hari semakin bertambah dan berwawasan.Brunei fishing amat bangga akan kemajuan ini.
Disini ingin saya memberitahu kepada rakan2 kita supaya jaga lah laut serta sungai kita dari pembuangan sisa kimia,sampah sarap serta benda-benda yang bolih merosakkan Eco-sistemnya. Kita masih beruntung dimana laut serta sungai kita masih lagi didalam keadaan jagaan yang baik serta mempunyai banyak spesis ikan untuk kita nikmati.
Disamping kita berseronok dengan aktiviti ini juga jangan lah kita abaikan keselamatan diri kita. Mengunakan jaket keselematan ketika memancing dalam perahu atau pun mengunakan kapal sewa. Ikutilah amaran yang dikeluarkan olih jabatan kaji cuaca negara kita supaya kita jauhi dari hal-hal yang tidak diingini terjadi.
Akhir kata kami dari Brunei fishing team mengucapkan TERIMA KASIH kepada awda semua teman setia di BRUNEI FISHING. Tanpa awda semua dahulunya laman ini tidak akan berjaya serta dikenali ramai didalam dunia pancing. SEKIAN
No comments:
Post a Comment