Khazanah ilmu memancing kita


Kepada teman pemancing semua hantaran cerita2 pendek trip memancing anda, info pengunaan alat2 penangkapan ikan seperti bubu,bintur,rambat dan sebagainya adalah dialu2kan bersama gambar sipenangkapnya kepada editor.Sama2 lah kita akan mendapat menafaatnya jua dengan memperkenalkannya kepada generasi baru. Email: bruneifishing@gmail.com


Album Bruneifishing.

Saturday 21 July 2007

Memahami aksi joran anda

Pemilihan joran yang betul ketika kita hendak membeli joran baru ada beberapa perkara kita mesti tahu.Apabila kita memilih joran tiga faktor mempengaruhi aksi joran ketika ia digunakan iaitu aksi cepat (fast action),aksi pertengahan (medium action) dan aksi perlahan (slow action).

Aksi yang dimaksudkan adalah aksi lenturan joran kita bila diragut oleh si ikan.Dengan joran yang sama berat dan panjang, aksi cepat joran akan melenturan dibahagian atas disebelah hujungnya dan bagi aksi perlahan lenturan terjadi dikeseluruhan bahagian joran. Aksi pertengahan pula melentur bermula di bahagian tengah. Semua aksi ini dipengaruhi oleh jarak, panjang dan tebal taper setiap joran.
Kekuatan joran pula dikira sekuat mana kuasa tarikan untuk melentur joran. Ketebalan dan pembuatan joran yang mempengaruhi kekuatan ini. Perlu diingat kebanyakan pemancing terkeliru diantara kekuatan joran dengan aksinya. Kesemua joran yang dilabelkan aksi ringan(light action) adalah bermaksud mengenai kekuatannya bukan aksi joran. Adalah paling baik untuk kita mengetahui kekuatan joran dengan memeriksa saranan kekuatan tali (line weight rating) yang tertera dibatangnya.

Sensitivity joran adalah dikira dari kemampuan joran menyalur getaran dari tali melalui joran ketangan kita. Dengan mengetuk ringan hujung joran kita boleh merasai getaran itu adalah joran yang mempunyai ciri sensitif. Ini membolehkan kita mengetahui dan merasai rangutan ikan lebih cepat.

No comments: