Tip#1- Untuk menyimpan udang agar hidup lama gunakan rumput hidup dan letakkan didalamnya. Kemudian bungkuskan udang berserta rumput rampai dengan mengunakan kertas surat khabar lama. Simpan ditempat yang dingin dan sejuk. Udang anda akan dapat hidup lama hingga beberapa hari.Tip#2 Bagi yang ingin menangkap udang hidup sendiri, waktu ayer pasang dan bulan penuh adalah masa yang sesuai bagi kerana udang-udang akan berkumpul. Ayer pasang waktu senja adalah saat yang terbaik untuk menjala,terutama dikawasan laluan masuk keanak-anak sungai dan muara sungai.
Tip#3- Bagi memastikan umpan kita bertahan lama didalam ayer,cangkukkan mata kail pada hujung badan udang berdekatan dengan ekornya. Jangan sekali terkena bahagian tengah belakang ini akan membunuhnya. Pasang atau cangkuk dua tiga ekor udang hidup pada mata kail dan sang pemangsa tidak akan menolak umpan hidangan anda.
B.Fishing: Selamat mencoba....
No comments:
Post a Comment