Semua perserta berkumpul di Marina Awam Labuan pada pukul 9 pagi untuk menaiki kapal masing-masing dan bersedia untuk flag off pada pukul 11 pagi. Gambar menunjukkan Riduan di hadapan poster pertandingan dan kapal yang megikuti pertandingan.
Semua kapal-kapal dilepaskan tepat jam 11.00 pagi oleh Yang Berhormat Dato Yusof Mahal, ahli parlimen Labuan, semua kapal berkumpul di perairan Pulau Kuraman untuk pemeriksaan keselamatan ( boat count dan head count ). Selepas semuanya selesai perjalanan diteruskan menuju ke Pulau Layang-Layang.
Perjalanan ke Pulau Layang-Layang mengambil masa selama 16 Jam dengan kelajuan 8-10 knot. Sepanjang perjalanan, memancing dengan mengunakan kaedah trolling dilakukan untuk menjerat ikan Layaran dan Mersuji, tetapi bagi peserta di kapal kami tidak memperolehi hasil sehingga sampai ke Pulau Layang-Layang. Semasa dalam perjalanan, semua peserta menyiapkan barang-barang pancing sebelum pertandingan dimulakan pada esok hari sambil berkenal-kenalan dengan peserta yang lain. Peserta mengikuti SeaMaiden adalah Mr. Martin Wiles (u.k), Encik Johari (Rod & Line Magazine), Awang Hamdan (Jabatan Laut, Labuan), Mr. Leong Yew Wai (Kuala Lumpur), Riduan dan Nazrie (Brunei Offshore Fishing), Chief Marshall, Major Johari (TUDM) dan 2 orang pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan, Malaysia.
bersambung...






























No comments:
Post a Comment