Sempena sambutan Penukaran Nama Bandar Brunei ke Bandar Seri Begawan kali ke-39, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan akan menganjurkan acara Cabaran Joran pada 1hb November 2009, bertempat kawasan Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei, Jalan Residency, Bandar Seri Begawan.
Peserta yang berminat ingin menyertai acara tersebut bolehlah mendapatkan borang penyertaan di Kaunter Pertanyaan di Tingkat Bawah, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan. Borang hendaklah dikembalikan kepada Bahagian Pentadbiran, Jabatan Bandaran sebelum 26hb Oktober 2009
Info dari laman web: Jabatan Bandaran BSB
No comments:
Post a Comment