Thursday, 31 May 2007

eTrex mungkin menjadi teman anda


Barangan ini boleh menjadi kegemaran serta keperluan kepada peminat sukan memancing, acara sukan Outdoor dan boleh juga kepada nelayan yang keluar jauh ketengah laut.Dengan ciri2 nya yang mudah digunakan hanya dengan mengunakan sebelah tangan eTrex berukuran empat inci tinggi dan 2 inci lebar ini memang menarik.Warna kekuningan serta ringan dan yang penting harganya berpatutan iaitu kira2 B$230 sahaja. Ianya boleh kita dapati dikedai GL extra Enterprise (lihat review kedai pancing).



Selain itu satu lagi cirinya yang menarik ialah ianya kalis ayer, boleh beroperasi selama 22 jam dengan hanya mengunakan 2 AA battery. Tujuan saya mengetengahkannya adalah semata-mata untuk teman2 kaki pancing sekelian atau pengemar outdoor yang ingin memiliki GPS selama ini dengan harga berpatutan dan inilah modelnya. Berkunjunglah kekedai yang dimaksudkan diatas.


Untuk keterangan lebih lanjut layari: eTrex

No comments:

Post a Comment