Monday, 2 April 2007

Penurunan perahu di Kampung KualaTutong

Di Hujung jalan kampung Kuala Tutong adalah tempat para nelayan yang mempunyai bot bot kecil dari kawasan Daerah Tutong melakukan aktiviti penurunan perahu. Gambar atas memaparkan aktiviti tersebut yang kerap dilihat dipagi hari. Untuk sampai ketempat ini adalah melalui jalan masuk ke Pantai Seri Kenangan Tutong dan memakan masa 15 minit perjalanan. Pada masa dahulu jalan ini adalah penghubung utama jalan diantara Daerah Tutong dan Daerah Belait mengunakan ferri untuk menyeberang kuala sungai Tutong. Kini hanya tinggal kenangan di mana bekas atau struktur pendaratan ferri sahaja yang boleh kita lihat.

No comments:

Post a Comment