

Pada mulanya saya ragu2 untuk berjumpa pengurusnya kerana saya belum membuat temu janji. Oleh kerana saya kebetulan ada urusan berdekatan dengan kedai ini, maka saya teruskan saja niat tersebut.Ketika masuk kedalam kedai ini pengurusnya Mr.Richard dengan senyum bertanya apa boleh dia bantu. Saya menerangkan bahawa saya ingin mereview kedainya ini untuk laman web Brunei Fishing. Saya amat senang hati apabila beliau telah pun mengetahui akan kewujupan laman web ini dari pelanggan yang datang kekedainya sebelum ini. Tanpa berlengah lagi Mr. Richard dengan senang hati menunjukan barangan dan menerangkan dengan terperinci sambil diselitkannya cara pengunaannya. Mr Richard adalah seorang yang ramah dan banyak pengetahuan mengenai info2 terkini mengenai aktiviti2 memancing dinegara kita.

Berjenis jenis tali sulaman dari keluaran berkley,Sufix ,Stren dan tali keluaran dari negara matahari terbit Jepun disusun rapi untuk pelanggan membuat pilihan. Menurut Mr.Richard barangan alat pancing keluaran Jepun adalah antara yang bermutu tinggi pada masa kini dalam pasaran.
Gewang dikedai ini terdapat bermacam2 pilihan boleh didapati terutama dari keluaran Rapalla, Lucky craft (Jepun),Strike Pro, Rebel dan lain2 lagi. Tidak dilupakan kepada anda yang minat menunda (throlling) barangannya mudah didapati disini.

Bahagian seksyen joran pula terdapat banyak pilihan tetapi disini saya ingin menyentuh salah satu jenama dijual iaitu Jenama XZOGA.
Kedai ini adalah ejen pembekal tunggal jenama Xzoga dinegara ini. Jenama ini timbul mengegarkan dunia pancing dengan konsep V9 dimana ianya dicipta oleh para pemancing pro untuk kegunaan tahan dari asakan ikan. Joran ini dijual tanpa rings dan penyangkut kekili ianya dipasang mengikut kehendak pemiliknya (custom made). Peminat jigging jenama keluaran white rabbit,Sure baits, remens dan strike pro antara digantung rapi untuk pilihan. Disudut lain kelengkapan jigging seperti sarung tangan (leather) diletakkan bersama peralatan tambahan ubah suai kekili.

No.108 Plaza Athirah (bersebelahan Soon Lee Supermarket)
Jln Kubah Makam Diraja
BSB, Brunei Darussalam
TEL:32228951/32342407
Email: sales@fredfishing.com
Website: www.Fredfishing.com
Saya selaku dari Brunei fishing ucapkan ribuan terima kasih kepada Mr Richard kerana meluangkan masa dan berkongsi pandangan mengenai cerita2 hal dunia memancing. Sampai Jumpa lagi..
No comments:
Post a Comment